,
Laman Utama

[VIDEO] Meremang! Sedapnya Suara Datuk Sheila Majid Alunkan Lagu Tema Filem Juang, Wira Hatiku

Maliah Surip
27/07/2022
05:45 MYT
Datuk Sheila Majid is back! Sekurangnya biar bukan dengan album studio, namun mendengarkan gemersik dan merdu alunan suara emas beliau lewat lagu tema filem Juang, Wira Hatiku pun sudah mengubat kerinduan terhadap pesohor ini.
Penyanyi legenda ini dengan berbesar hati ‘meminjamkan’ vokal emasnya sebagai dedikasi dan penghormatan buat para frontliners yang telah berkorban untuk memastikan nyawa serta keselamatan rakyat Malaysia terpelihara.
“Saya selalu ingin melakukan sesuatu untuk frontliners, sesuatu yang sangat bermakna buat mereka.
“Jadi untuk terlibat menjayakan projek mega ini secara langsung, mendendangkan lagu Wira Hatiku adalah sebuah penghormatan yang cukup besar terhadap setiap pengorbanan yang telah mereka lakukan kepada kita semua,” ujar Sheila Majid yang menyifatkan Wira Hatiku sebagai sebuah lagu yang ‘cantik’ untuk didendangkan.
Wira Hatiku adalah sebuah lagu dengan lirik dan komposer ciptaan Rynn Lim yang akan melengkapkan filem Juang.
Ia didukung dengan pasukan pemuzik profesional yang tidak mahu terlepas momen bergabung dalam sebuah projek bersejarah ini.
Mereka adalah pemuzik orkestra dari Orkestra Filharmonik Malaysia atau Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) yang memberikan persembahan penuh penghormatan sambil dikuatkan dengan susunan muzik dari Mac Chew.
Ketua Bahagian Pembangunan Bakat Malaysian Philharmonic Orchestra, Ahmad Muriz Che Rose teruja kerana diberi penghormatan untuk terlibat dengan projek yang disifatkannya sebagai epik ini.
“Peluang yang diberi oleh pihak produksi untuk kolaborasi ini bersama Datuk Sheila Majid dan karya epik sebagai tribute untuk frontliners kita ini adalah sebuah kerjasama yang baik dan kami amat menghargainya,” kata Ahmad Muriz Che Rose.
Wira Hatiku diterbitkan oleh Cheng Lee dan Elaine Soong kemudian dirakamkan secara orkestra oleh Peter Chong dengan bantuan Hep Kim Fai dan Chong Soon Jet.
Rakaman serta mixing juga dari Peter Chong dan mastered oleh Cheng Lee @ Prodigee Studio.
Muzik video Wira Hatiku tajaan Cuckoo, Dutch Lady, Ogawa bersama beberapa penaja lain, dirakamkan dalam dewan Filharmonik disulam dengan adegan yang meruntun jiwa cukup melahirkan rasa patriotisme buat penonton, apa lagi mengenang bukan mudah kehidupan yang diharungi saat pandemik tanpa bantuan dan sokongan para frontliners.
Ia sudah boleh ditonton menerusi saluran YouTube.
Untuk rekod, filem Juang adalah kolaborasi bersama oleh Matt Lai dari Asia Tropical Films Sdn Bhd, Datuk Rosyam Nor dari Suhan Movies dan Jack Lim dari The Film Engine selaku Penerbit Eksekutif.
Ia mengangkat kisah suka duka dan ‘peperangan’ bersama COVID 19 yang melanda dan merubah hampir seluruh kehidupan di dunia.
Juang yang dibarisi pelakon hebat tanah air termasuk Zizan Razak, Izzue Islam, Zul Arifin dan Sangeeta dijangka tayang pada September 2022.
INFORMASI Lagu Tema Juang Lagu: Wira Hatiku Penyanyi: Datuk Sheila Majid Penulis Lirik: Rynn Lim Komposer:Rynn Lim Penerbit: Cheng Lee/ Elaine Soong Keyboard & Susunan Muzik: Mac Chew Gitar: Jamie Wilson Orkestra dari: Malaysian Philharmonic Orchestra Rakaman Orkestra: Peter Chong, Assisted by Hep Kim Fai/ Chong Soon Jet Recorded by Peter Chong @ Studio 21 Mixed by Peter Chong @ Studio 21 Mastered by Cheng Lee @ Prodigee Studio
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.