Laman Utama
[VIDEO] Menangis Tinggalkan Malaysia, Leona Sempat Jumpa Ex-BF: “Kami Sudah Berpisah Sejak Sebulan Yang Lalu Jadi..."
Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona menangis kerana berat hati untuk meninggalkan Malaysia bagi menyambung pelajarannya di luar negara.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok miliknya, Leona berkata dia berasakan dirinya masih belum bersedia untuk memulakan kehidupan baharu.
“Saya sangat sedih sebab saya akan tinggalkan Malaysia hari ini (Ahad) untuk sambung belajar. Sejujurnya dari tadi saya tidak berhenti menangis.
“Saya sangat sedih nak tinggalkan keluarga di sini dan tidak bersedia untuk memulakan fasa baharu dalam hidup saya,” kata Leona yang menangis tanpa henti.
Malah Leona yang juga seorang pempengaruh terkenal memberitahu dia belum mengemas pakaian dan keperluannya biarpun tinggal beberapa jam sebelum terbang ke luar negara.
“Saya akan berlepas tapi saya masih belum mengemas dan packing barang-barang,” katanya lagi.
Sementara itu, Leona turut mengesahkan hubungannya dengan teman lelakinya bernama Ryan sudah berakhir sejak sebulan yang lalu.
Biarpun mereka sudah berpisah, namun Leona sempat meluangkan masa bersama bekas kekasihnya sebelum terbang ke luar negara.
“Kami sudah berpisah sejak sebulan yang lalu. Jadi, tolong berhenti bertanya mengenai dia,” kata Leona.
Malah, Leona tidak menafikan bakal merindui bekas kekasihnya.
"Kamulah orang yang paling akan dirindui," tulisnya di swafoto bersama lelaki itu yang dilihat turut berada di lapangan terbang mengiringi pemergiannya.
@leonsmeonss
we broke up about a month ago♬ suara asli - SongVirall?
Must-Watch Video