,
Laman Utama

[VIDEO] “Malunya, Tak Perasan” - Individu Misteri Gigih Tolong Ambil Gambar... Rupanya Remy Ishak!

Mya Amri
06/01/2023
02:07 MYT
Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu, begitulah pepatah sesuai diberikan kepada sepasang pasangan tular yang bercuti di Tasik Cermin baru-baru ini.
Bukan biasa-biasa ya, detik percutian pasangan ini mungkin menjadi memori terindah apabila pelakon yang digelar hero malaya, Remy Ishak membantu mereka merakamkan gambar kenangan.
Namun apa yang membuatkan pasangan ini tular kerana mereka berdua tidak mengetahui bahawa individu yang membantu merakamkan foto mereka itu adalah Remy.
Menerusi satu hantaran video pendek perkongsian isteri Remy, Ezza di akaun TikTok, kedua pasangan itu meminta tolong mengambil gambar tanpa mengetahui identiti individu misteri yang sangat gigih menangkap gambar mereka.
“Tadi singgah di Tasik Cermin dan terdapat satu pasangan yang meminta tolong diambil gambar. Seperti biasa, suami saya gigih untuk mendapatkan gambar yang cantik.
“Semoga pasangan ini gembira dengan gambar mereka kerana mereka juga sebenarnya tidak perasan identiti jurugambar misteri ini,” coretnya.
@roseezza Tadi singgah Tasik Cermin ada 1 couple mintak tolong ambik gambar , macam biasa lah suami ku memang gigih kalau bab ambik gambar, nak dapatkan shot yang cantik!?. Harap couple ni happy lah dengan gambar dia, sebab depa tak perasan siapakah photographer misteri gigih ini. ???? Happy New year 2023 guys!. #remyishak #happynewyear2023 ♬ Tak Kan Hilang by Budi Doremi - Kopi Rona
Bagaimanapun selepas menjadi tular, pasangan itu tampil di ruangan komen dan meluahkan rasa teruja apabila mendapat tahu individu misteri itu adalah Remy.
“Ya Allah, sumpahlah Remy Ishak yang ambilkan gambar kitaorang? Malunya tak perasan,” komen @tachachaaaa_.
Sehingga kini, video tersebut menerima lebih 1.3 juta tontonan di TikTok.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.