,
Laman Utama

[VIDEO] “Makin Rosak Rumah Mama, Ayah” - Dah Bayar Lebih RM240,000, Amyra Rosli Reda Kena Scam Dengan Interior Designer

Mya Amri
08/02/2023
01:45 MYT
Pelakon, Amyra Rosli mendakwa ditipu oleh seorang kontraktor yang diberi amanah untuk mengubah suai kediamanan kedua ibu bapanya.
Menurut Amyra, walaupun telah pun membuat bayaran lebih RM240,000 dan ralat dengan sikap tidak bertanggungjawab individu terbabit, namun dia tetap reda dengan nasib yang menimpa keluarganya.
“Saya gunakan khidmat interior designer dari sebuah syarikat *** ini kononnya dapat memudahkan dan mencantikkan rumah mama ayah saya.
“Selepas membuat bayaran sebanyak RM240,000 ++ dan hampir setahun kami menunggu dan sabar dengan segala alasan dari mereka, inilah hasil yang saya dapat…
“Semakin rosak bangunan rumah mama ayah. Banyak juga saya dengar ramai yang terkena dengan diorang.
“Ambil projek banyak-banyak and then terbengkalai… Astaghafirullahazim, berani betul korang aniaya orang dekat dunia ni,” jelasnya.
Amyra juga menganggap perkara yang berlaku itu sebagai ujian dan mempunyai hikmah tersendiri.
“Tak apalah, kita serahkan semua pada Allah, itu yang terbaik saya rasa. Dunia ni pun dah tenat, tak lama dah pun korang boleh ‘kencing’ orang sana sini.
“Dan sekarang saya perlu mula balik dari awal dek kerana penipuan-penipuan mereka. Sedih tapi Alhamdulillah, mungkin ujian ini ada hikmah di sebaliknya.
“Mama dan ayah, kakak akan usahakan secepat mungkin untuk siapkan balik rumah mama ayah ni…Kita sama-sama kuat dan sabar okay.
“Insya-Allah, Allah mudahkan urusan kita #AmyraKenaScam,” kongsinya.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikutnya mencadangkan agar Amyra mendedahkan nama individu tersebut supaya tiada lagi yang menjadi mangsa selain membuat laporan polis.
Antara komen diterima:
“Tak payah sorok nama syarikat tu biar semua orang tahu dan tak jadi mangsa lagi. Memang bala lah dia dapat scam orang bagai,”
“Kak buat laporan, kemudian minta PDRM sekat akaun bank dan SSM diorang, ni kes scam dah ni,”
“Kalau sampai hilang beratus ribu macam ni lebih baik letak je nama syarikat tu dan buat laporan polis. Kalau ada gambar masa jumpa dorang sebelum teruskan nak ambil tu, tunjuk sekali,”
Terdahulu, selain Amyra antara selebriti lain yang pernah ditipu atau menjadi mangsa scam melibatkan pengubahsuaian rumah adalah Mark Adam.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

Banyak Spekulasi Isu Cerai, Nora Ariffin Enggan Ambil Pusing Khabar Angin - “Orang Tak Tahu Keadaan Sebenar”

gempak
12/09/2024
05:55 MYT
Susulan penceraian mengejut beberapa bulan lalu, timbul pelbagai spekulasi tentang kemelut rumah tangga yang dihadapi oleh penyanyi, Datuk Nora Ariffin.
Viral

Menyamar Jadi Rakyat Palestin Untuk Minta Derma, Netizen Bengang Dengan Sikap Warga Asing - "Senang-Senang Je!"

gempak
10/09/2024
09:55 MYT
Di saat rakyat Palestin teruk dibedil oleh rejim Zionis di negara sendiri, ada pula sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.
Terkini

Ibu Maid Hubungi Zaquan Adha, Merayu Bantu Anak Di KL - "Menangislah Air Mata Darah Sekali Pun, Saya Takkan..."

gempak
27/08/2024
08:25 MYT
Suami kepada pelakon Ayu Raudhah, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha mendedahkan ibu kepada salah seorang pembantu rumahnya yang melarikan diri minggu lalu ada menghubunginya baru-baru ini.
Hiburan

“Jangan Terlalu Seronok, Melihat Orang Bercerai-Berai, Kita Tak Tahu Hal Sebenar - Nora Ariffin

gempak
20/08/2024
03:25 MYT
Penyanyi Datuk Nora Ariffin menasihatkan pengikutnya agar tidak meraikan ujian rumah tangga yang menimpa orang lain.