,
Laman Utama

[VIDEO] Makan Croissant Ketika Di Paris, Netizen Tanya Khairul Aming: “Halal Ke Bang?”

Shahrin Zulkifle
07/12/2022
01:00 MYT
Pempengaruh media sosial, Khairul Aming sempat berkongsi beberapa video ketika bercuti di Paris dan London bersama beberapa rakannya buat tontonan umum.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikToknya miliknya, Khairul Aming telah mencuba makanan popular Paris iaitu croissant di salah sebuah restoran ternama di negara tersebut.
Menerusi video yang sama, Khairul Aming turut memaklumkan dia terpaksa beratur panjang untuk membeli dan menikmati hidangan popular itu di restoran berkenaan.
Selain menikmati hidangan croissant, Khairul Aming dan rakanya tidak melepaskan peluang untuk mencuba minum panas berperisa coklat.
“Jelajah London dan Paris. Hari ini aku bawa korang cuba croissant cicah hot chocolate, tengok Eiffel Tower dan macam-macam lagi tempat seronok,” tulisnya pada kapsyen.
@khairulaming Replying to @mongmong Ep 5 - Jelajah London & Paris. Hari ni aku nak bawa korang try croissant cicah hot chocolate, tengok eiffel tower and macam2 lagi tempat best ? #makanlokal #hello2023 ♬ Just and Just As - Penny & Sparrow
Bagaimanapun, apa yang menjadi tanda tanya dalam kalangan wargamaya adalah mengenai status halal makanan berkenaan.
Menjengah ke ruangan balas, segelintir netizen meninggalkan komen mempersoalkan status halal hidangan yang dinikmati Khairul Amin bersama rakannya.
“Bang maaf tanya, boleh tahu macam mana cara abang verify halal dekat kedai makan itu,” komen seorang netizen.
“Halal ke tempat makanan tu?” soal seorang wargamaya.
“Halal ke bang?” tanya seorang warganet.
Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima lebih 1.9 juta tontonan dan 200,000 tanda suka.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Bukan Bermaksud Benda Itu Tak Halal, Cuma Nak Buat…” - Khairul Aming

gempak
23/11/2024
03:55 MYT
Pempengaruh dan usahawan Khairul Aming menjelaskan ketiadaan sijil halal sebelum ini bukanlah bermakna produk makanan yang dijualnya iaitu iaitu sambal dan dendeng tidak halal.
Hiburan

Khairul Aming Dedah Pelbagai Cara Orang Hantar Resume Nak Bekerja - “Letak Bawah Pintu, Dalam Troli...”

gempak
30/10/2024
04:25 MYT
Pempengaruh dan usahawan popular Khairul Aming meluahkan rasa syukur apabila ramai yang tertarik untuk menjadi staf perniagaannya.
Hiburan

Dibandingkan Dengan Khairul Aming, Chef Wan Tidak Terkesan - “Semua Orang Tahu Penglibatan Saya”

gempak
30/09/2024
02:55 MYT
Bagi Redzuawan atau lebih mesra disapa sebagai Chef Wan, orang ramai terbuka untuk memberikan pandangan namun apa yang tidak boleh dinafikan oleh netizen adalah pengalamannya sebagai tukang masak selama 34 tahun.
Hiburan

Skill Dibandingkan, Chef Wan Tak Dengki Dengan Pencapaian Khairul Aming - “Dia Juga Sumber Inspirasi Saya”

gempak
24/09/2024
09:55 MYT
Chef selebriti Datuk Chef Wan menzahirkan rasa kurang senang apabila ada segelintir pihak yang membandingkan dirinya dengan pempengaruh terkenal Khairul Aming.
Hiburan

“Saya Tak Ajar Mereka Jadi Toksik…” - Khairul Aming Kongsi Rahsia Team Cemerlang, Syukur Tiada Yang Mahu Berhenti

gempak
24/09/2024
01:57 MYT
Personaliti media sosial, Khairul Aming berkongsi rahsia kecemerlangan pasukan pekerjanya.
Unitar