,
Laman Utama

[VIDEO] Lepas 6 Bulan Baru Diana Nasimuddin Terima Lamaran Mas Khan - "Cinta Ada Pasang Surut"

Amri Hassan
23/08/2022
02:55 MYT
"Cinta sejati sukar dicari," demikian coretan indah pelakon Mas Khan buat wanita yang baru menerima lamarannya, Diana Nasimuddin semalam.
Menerusi hantaran sepotong video di Instagramnya, Mas Khan berkongsi momen kejutan yang dibikin Diana apabila menyarung semula cincin yang diberikan sejak enam bulan lalu.
"Sesuatu perhubungan mesti ada pasang dan surut tapi apabila terlalu banyak yang dilalui bersama, perselisihan faham, konflik dan sebagainya, hal itu semakin menguatkan ikatan.
"Kita takkan boleh memiliki cinta tanpa ada kesakitan. Tapi seandainya ikatan itu cukup kuat untuk mengatasi segala rintangan, jadi ia berbaloi untuk diperjuangkan.
"Surprise! Enam bulan saya menunggu apabila dia membuka cincin itu dan hari ini dia mengejutkan saya.
"Selama-lamanya saya sayang dan cintakan kamu Diana Nasimuddin," tulisnya dalam video berkenaan.
Tambah Mas Khan lagi dalam tulisannya di hantaran berkenaan; "Berikan masa dan ruang tapi jangan pernah putus asa untuk individu yang membuatkan kamu gembira. Saya sayangkan kamu 'bekas kekasih'."
Sementara itu, Diana turut menulis komen pada hantaran sama.
"Kejutan! Alhamdulillah. Satu perjuangan kan? Insya-Allah kita akan semakin kuat sekarang, dan saya menantikan apa saja untuk hari-hari mendatang," tulisnya.
Mac lalu, tindakan Mas Khan berkongsi luahan hati seolah-olah berdepan kekecewaan mengundang tanda tanya warganet.
BACA: Padam Video Lamaran, Mas Khan Sudah Putus Dengan Diana Nasimuddin? - “Jika Seseorang Itu Serius Untuk Berada Dalam Hidup Anda..”
Malah, Mas Khan turut memadamkan banyak foto serta video melamar Diana di Instagramnya yang dimuatnaik pada Disember tahun lalu.
BACA: #RoadToHalal, Mas Khan Kongsi Video Melamar Diana Nasimuddin, Romantis! - “Tak Sabar Wedding Of The Year”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.