,
Laman Utama

Video Lelaki Bantai Perempuan Di Ceruk Dapur Viral, Undang Amarah Netizen - “Tak Guna Punya Jantan!”

Izwan Isa
17/11/2022
21:50 MYT
Sepotong video yang tular di media sosial baru-baru ini mencetuskan kemarahan netizen apabila seorang individu yang didakwa sebagai seorang suami dilihat memukul seorang wanita sambil disaksikan oleh kanak-kanak perempuan.
Menerusi video yang viral itu, wanita berkenaan diheret masuk ke bahagian dapur sambil dipukul dan dihenyak menggunakan kaki.
“Perbuatan seorang lelaki dipercayai suami tular di media sosial sejak semalam apabila mendera seorang wanita di sebuah rumah. Tanpa mengetahui di mana lokasi dan tarikh kejadian itu berlaku,” tulis pengguna Twitter yang berkongsi video tersebut.
Menerusi video yang sama, wanita berkenaan tidak melawan dan cuba untuk menahan daripada terus dipukul oleh lelaki tersebut.
Menerusi respons yang ditinggalkan oleh netizen, ramai yang ‘naik hantu’ menyaksikan rakaman berkenaan dan meminta agar sesiapa yang mengenali individu terbabit tampil membuat laporan polis.
“Sesiapa yg mengenali mereka atau tahu apa-apa maklumat berkaitan tolong report pada @PDRMsia secepat yg mungkin. Tindakan oleh @JKMHQ juga jika perlu.”
“Bagus yang rekod ni, sebab evidence. I know it’s hard but without it, mamat ni takleh ke dalam! Tak guna punya jantan! Jangan hidup laa please jantan ni.”
“Pleaselah jangan kahwin kalau you ada hot temper. Jantan tak guna and lowest in class je yang pukul perempuan. Your hands are supposed to cherish and love her. Please jangan jadi bystander juga, do something. At least verbally fight. Please.”
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Elly Mazlein Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami - ”Lepas Dia Beritahu Tiada Instagram, Terus Lulus”

gempak
19/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein mengimbau kembali detik sewaktu perkenalan dengan suami, Muhammad Azlan Che Nuh.
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Viral

Wanita Buat POV Suami Isteri Dengan Anak Buat Permohonan Maaf - “Saya Cari Rezeki Halal,Hanya Lakonan Semata..”

gempak
15/09/2024
05:11 MYT
Tidak tahan dengan kecaman yang di terima, seorang wanita yang dikenali sebagai Dya tampil memberi penjelasan berhubung konten ‘POV’ suami isteri melibatkan anaknya yang masih di bawah umur.