Berita

Video Lama Gus Miftah Ejek Yati Pesek Kembali Tular, Ini Respon Tuan Badan - “Insya-Allah Hubungan Saya Dengan...”

gempak
Gempak
07/12/2024
07:25 MYT
Sponsor Banner
Video Lama Gus Miftah Ejek Yati Pesek Kembali Tular, Ini Respon Tuan Badan - “Insya-Allah Hubungan Saya Dengan...”
Pendakwah, Gus Miftah Maulana Habiburrahman menjelaskan video tular yang memaparkan dirinya berada satu pentas dengan pelakon veteran Suyati atau lebih dikenali sebagai Yati Pesek, berlaku setahun lalu.
Video tersebut memaparkan interaksi antara dia dan Yati Pesek dalam satu acara wayang kulit. Sebahagian pihak menuduh Miftah menghina pelawak asal Klaten, Jawa Tengah, Indonesia melalui ucapannya.

"Video setahun yang lalu diungkit kembali. Insya-Allah, hubungan saya dengan dia terjalin dengan baik," kata Miftah selepas mengumumkan pengunduran dirinya daripada jawatan Utusan Khas Presiden di kediamannya di Kalasan, Sleman, Indonesia pada Jumaat.

"Kulo bersyukur Budhe Yati elek, mulo dadi sinden (saya bersyukur Budhe Yati itu hodoh, sebab itu jadi pesinden).
"Kalau cantik jadi lont* to," ujarnya.
Pada masa yang sama, Miftah turut mengakui dirinya tidak mampu berbuat banyak apabila video tersebut kembali menjadi tular.

"Jika video itu diviralkan lagi, apa yang boleh saya lakukan? Saya selalu mengatakan orang baik pasti mempunyai masa lalu, dan orang jahat, saya yakin mereka pasti mempunyai masa depan," jelasnya.

Menurutnya, dia belum berbincang dengan Yati Pesek sejak video itu mencetuskan kontroversi semula.
Namun, Miftah telah berkomunikasi dengan individu terdekat untuk menjangkau Yati Pesek dan bercadang untuk bersilaturahim dengannya.
Selain itu, kontroversi lain melibatkan dirinya juga mencetuskan kritikan keras, termasuk daripada Parti Gerindra dan masyarakat umum, kerana ucapannya dianggap menghina seorang penjual teh ais di Magelang.
Oleh hal yang demikian, warganet terus menyelidik rekod lampaunya, termasuk video bersama Yati Pesek.
Beberapa petisyen dalam talian menyeru Presiden Prabowo Subianto untuk menyingkirkan Miftah daripada jawatan Utusan Khas Presiden.

BERITA TRENDING: “Mereka Juga Sering Dinasihatkan Supaya Perlu Banyak Berdoa” - Diana Danielle Seru Wanita Jangan Takut Tentang Stigma Buka Aib

BERITA TRENDING: Shila Amzah Anggap ‘Abuser’ Takkan Berubah, Selamanya Akan Jadi Kaki Pukul - “Waktu Baik Dia Akan Layan Seperti Princess, Datang Gila…”

BERITA TRENDING: Berhenti Merokok Sejak Kematian Adik, Berat Badan Hattan Mula Bertambah - "Dua Minggu Pertama Memang Gigil..."

BERITA TRENDING: Alami Pendarahan Di Usia Kandungan 30 Minggu, Syasya Rizal Hampir Lahirkan Bayi Pra Matang - “Kalau Dia Keluar, Mungkin Tak Boleh Survive…”

Pada Jumaat yang lalu, Miftah telah mengumumkan pengundurannya daripada jawatan tersebut dengan menyatakan keputusan itu bukan langkah mundur tetapi permulaan untuk terus berbakti kepada negara dengan cara yang lebih luas dan pelbagai.
Sumber: CNN Indonesia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024