,
Laman Utama

[VIDEO] Kristian Atau Islam? Netizen Ragu-Ragu Status Agama Kevin Zahri, Ini Jawapan Empunyai Diri! - "Bapa Muslim Melayu, Ibu Kristian Jerman..."

Asyikin Mayudin
13/10/2022
04:55 MYT
Kerap menerima pertanyaan mengenai status keagamaan sejak beberapa tahun lagi, jurulatih kecergasan terkemuka Kevin Zahri akhirnya berkongsi latar belakang keluarganya.
Biarpun bapanya seorang beragama Islam, namun dia dibesarkan sebagai penganut agama Kristian sebagaimana mengikut ibunya yang berasal dari Jerman.
Bagaimanapun bapanya mula mendapat hidayah untuk mendalami agama Islam selepas berpindah ke Malaysia sekitar tahun 1991.
“Saya terima banyak soalan mengenai agama saya sejak beberapa tahun dan tak apa, sebab orang nak tahu kan. Saya membesar sebagai penganut agama Kristian.
“Nama saya bukan Kevin Zahri bin Abdul Ghaffar sekarang, tapi dulu, Kevin Nicholai Christopher Zahri. Bapa saya adalah muslim Melayu. Ibu saya pula Kristian dari Jerman.
“Ibu saya yang mengajar kami lebih tentang agama. Saya pergi ke gereja (tapi jarang-jarang), saya berdoa seperti Kristian, saya pernah sertai koir Krismas, saya baca buku seperti ‘Bible’ waktu kecil.
“Sampailah satu masa bila bapa dan saya berpindah ke Malaysia (1991 - saya berusia 12), dimana beliau pun dapat hidayah tentang keagamaan beliau sendiri dan tanggungjawab untuk memimpin anak-anak,” kongsi Kevin.
@kevinzahri
Life is a journey of discovery ❤️♬ original sound - Kevin Zahri
Kevin menerusi video yang dikongsikan di TikTok turut mengakui bukan mudah untuk dirinya menerima agama Islam pada hari pertama mendapat bimbingan daripada ustaz.
“Ketika itu la bapa saya mula mendedahkan kami kepada agama Islam dengan bimbingan ustaz pelbagai tapi saya tak menerimanya pada hari yang pertama.
“Jadi ia mengambil masa untuk mempersoalkan agama A dan agama B dan mungkin dengan video berlainan saya akan jelaskan kepada anda perjalanan sebagai seorang mualaf.
“Tentang penghijrahan daripada agama Kristian kepada Islam. Tapi yeay, itulah latar belakang saya dari segi keagamaan. Bermula sebagai penganut Kristian dan sekarang saya adalah orang Muslim, Alhamdulillah,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Tak Diajar Budaya Dan Agama Ye?” - Kongsi Gambar Cium Anak Lelaki Di Bibir, Kevin Zahri Dikritik Netizen

gempak
04/05/2022
03:50 MYT
Kevin dikritik netizen kerana cium anak di bibir
Laman Utama

Tulang Belakang Bengkok, Kevin Zahri Sepatutnya Berkerusi Roda Pada Umur 40 Tahun

gempak
10/02/2021
14:50 MYT
Berapa umur Kevin Zahri sekarang?
Nusantara

Evelyn Anjani Ungkap sempat ingin Operasi Pasang Alat Kelamin Pria

gempak
18/08/2020
12:17 MYT
Gaya Hidup

COVID-19, Kevin Zahri Kongsi Lima Amalan Tingkatkan Sistem Imunisasi Badan

gempak
17/03/2020
08:18 MYT
Viral

Kevin Zahri Sahut Cabaran 'Jom Kurus' Ke 5,000 Buah Sekolah Seluruh Malaysia!

gempak
13/06/2019
01:35 MYT