,
Laman Utama

[VIDEO]: “Kreatif! Cara Old School Ni” - Ketuk Drum! Nampak Lucu Tapi Fun! Ramai Nak Cuba Cara Anju Bagi Anak Study Tak Ngantuk

Mya Amri
20/10/2022
06:57 MYT
Sebagai seorang ibu, sudah pasti tidak ketinggalan menggunakan pelbagai kreativiti untuk memastikan anak-anak belajar begitu juga dengan pelakon Zarina Anjoulie.
Tidak dinafikan adakalanya perangai anak-anak ketika diminta mengulang kaji pelajaran boleh menguji kesabaran, itu belum termasuk pelbagai alasan lucu yang diberikan.
Bagaimanapun, perkongsian video pendek gelagat Zarina atau lebih mesra disapa Anju bersama anaknya Instagram mendapat perhatian netizen.
Video tersebut merakamkan Zarina mempunyai cara tersendiri untuk membuatkan anak lelakinya mengulang kaji pelajaran iaitu dengan cara memukul gendang.
“Ni lah budak-budak asal nak belajar je mengantuk lah, tiba-tiba lapar lah nak makan, nak terberry lah, pemadam jatuhlah, tiba-tiba telinga sakit lah,
“Tak apa mama ada ubat tak kasi mengantuk. Aku hentak je gendang tu sebelah dia kasi semangat. Biar hilang mengantuk tu. Tak ada lagi alasan ya. Esok mama beli trompet,” coretnya.
Rata-rata netizen terhibur dengan gelagatnya yang lucu itu selain kagum dengan kreativiti Zarina mencari idea untuk anaknya belajar sambil berhibur.
Tidak kurang juga ada yang menyatakan hasrat untuk mencuba cara Zarina itu.
“Seronok tengok mak mak rajin melayan anak. Semoga anak cepat pandai dan rajin membaca,” komen seorang netizen.
“Hahahahah ni best! Memang style old school, kreatif mak-mak, boleh cuba cara ni,” coret seorang lagi netizen.
“Terima kasih Anju bagi tips nak ajar anak supaya tak mengantuk,” komen seorang lagi.
Jangan lupa, undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar