Laman Utama
[VIDEO] “Jangan Pernah Biarkan Pintu Perkahwinan ‘Dibuka’ Kepada…” - Mawar Rashid
Pelakon Mawar Rashid antara rakan selebriti yang turut terkesan dengan nasib yang menimpa aktres, Puteri Sarah Liyana.
Menerusi perkongsian di Instagram, Mawar berkata suami dan isteri sepatutnya saling melindungi antara satu sama lain.
Pesan pelakon berusia 27 tahun ini, pasangan suami isteri kena menjaga rumah tangga mereka supaya tidak diganggu pihak lain.
“Suami dan isteri, dua-dua kena saling melindungi antara satu sama lain. Jangan pernah biarkan pintu perkahwinan ‘dibuka’ kepada orang lain,” pesan Mawar.
Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Mawar, namun ada juga yang beranggapan sesetengah perkahwinan musnah biarpun sudah dijaga baik disebabkan orang ketiga.
“Tak semua orang bernasib baik… kalau tak buka pintu, dirempuh juga sampai pecah pintu rumah.
“Tak juga… kalau datang bab* menyondol, kadang-kadang singa pun tak mampu buat apa dah,” antara komen netizen.
Terdahulu, emosi Mawar turut terganggu dengan nasib yang menimpa rumah tangga rakan selebritinya iaitu Puteri Sarah Liyana.
Mawar memberitahu dia juga dapat merasai kesakitan Puteri Sarah memandangkan dirinya juga seorang ibu kepada dua cahaya mata.
Untuk rekod, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf Yaakob pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video