,
Laman Utama

[VIDEO] Jabatan Perikanan Malaysia Buru Individu Dipercayai Cekik Tengkuk Penyu

Izwan Isa
30/06/2022
06:50 MYT
Tindakan sekumpulan individu yang mengacau beberapa ekor penyu di sebuah perairan dipercayai di Terengganu baru-baru ini menerima kecaman dan kritikan yang hebat oleh warganet.
Menerusi video yang dimuat naik semula oleh akaun Instagram @ohmyganung, salah seorang daripada kumpulan individu berkenaan dipercayai ‘mencekik’ dan memaksa seekor penyu yang sedang berenang untuk timbul di permukaan air.
“Wanted! Cekik tengkuk penyu. Paksa penyu timbul. Perangai buruk sangat buat perkara sebegini kepada penyu. Siapa kenal tolong beritahu. Pihak berwajib pun tengah cari ni.
“Seksyen 27 Akta Perikanan 1985 iaitu tiada seorang pun boleh memancing, mengganggu, mengusik, menangkap atau mengambil penyu. Denda sehingga RM20,000.
“Tolong bagi penjelasan. Lepas upload dah viral pandai delete. Salurkan maklumat,” tulis akaun berkenaan.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berang dengan tindakan yang tidak berhati perut itu.
“Bila belajar tak tinggi tapi nak kerja ngan binatang, benda tu bukannya boleh dipegang disentuh, dah ada akta dasar tak sekolah.”
“Tolong jangan cair bila dia buat statement ‘kami minta maaf kami sedar tak sepatutnya kami lakukan sebegini bla bla’. Salah tetap salah noktah.”
“Kesiannya penyu tu. Mohon pihak berwajib ambil tindakan. Salah tetap salah, aniaya haiwan.”
Sementara itu, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) turut maklum dengan hal berkenaan dan telah meminta individu yang terlibat untuk hadir ke Pejabat Perikanan Terengganu.
“Sila tampil ke Pejabat Perikanan Negeri Terengganu!” tulis DOF ringkas di akaun rasmi Facebook jabatan berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.
Berita

Mural Penyu Bergasi 20 Meter Tarikan Baharu Pantai Tanjung Pelindung, Usaha Empat Pelukis Berkampung Lima Hari Berbaloi

gempak
24/07/2024
18:55 MYT
Empat pelukis mural 'penyu gergasi' yang seakan terdampar di Pantai Tanjung Pelindung, Kuantan, Pahang tidak menyangka kemunculan haiwan itu menjadi daya tarikan baharu di pantai berkenaan.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: "Ada Yang Turun Laut Kutip Hasil Seawal 2 Pagi" - Anggap Vendor Umpama Hero, Penganjur Seafood Festival 2024 Sasar 15,000 Pengunjung!

gempak
22/06/2024
05:55 MYT
Penganjur Seafood Festival 20204 yang dibawakan khas oleh FriedChillies, Mohd Adly Rizal menyifatkan 15 vendor yang menyertai acara selama dua hari bermula hari ini di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur, sebagai selebriti kepada penggemar hidangan berasaskan hasil laut.
Terkini

Ini Sebab Kenapa Jabatan Perikanan Malaysia Larang Makan Kupang Di Melaka

gempak
05/04/2024
14:25 MYT
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) mengeluarkan larangan memakan dwicangkerang di Melaka serta-merta sehingga pemantauan tahap keselamatan bacaan biotoksin berada di paras yang dibenarkan serta kupang disahkan selamat untuk dimakan.
Laman Utama

Hidupan Laut Atlantis Ilham Arunsayfull, Pertama Kali Perkenal Koleksi Lelaki Di KLFW2023!

gempak
29/08/2023
14:11 MYT
Matamorphaseas nama koleksi KLFW2023 Arunsayfull.