,
Laman Utama

[VIDEO]: “Humblenya, Ada Setengah Artis Tak Suka” - Ramai Puji Reaksi Cute Fazura Bila Jumpa ‘Kembar’

Mya Amri
14/09/2022
01:30 MYT
Seorang wanita yang tular di platform TikTok kerana dikatakan seiras Nur Fazura akhirnya bertemu aktres cantik itu di Konsert Faztival Fazura yang berlangsung baru-baru ini.
Detik manis itu dikongsi wanita yang dikenali sebagai Elle Fara menerusi video terbaharu di akaun TikTok miliknya.
Video tersebut merakamkan Elle sedang berlari-lari anak menuju ke arah Fazura sebelum menyapa dan berpelukan bersama.
@officialellefara Still cannot move on ????❤️❤️ Thank you Kak Faz @Fazura ♬ original sound - Elle Fara
Elle juga kelihatan agak gementar sewaktu meminta izin untuk merakamkan foto kenangan bersama Fazura.
Fazura bagaimanapun tidak menolak permintaan itu sebaliknya menyebut “so nice to see you, finally” dan tersenyum selepas melihat wajah Elle.
Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata netizen memuji sikap Fazura yang peramah dan merendah diri ketika bertemu Elle.
Terdahulu, Elle menjadi tular selepas wajahnya dikatakan seperti kembar Fazura menjadi perbualan hangat netizen.
Namun baru-baru ini Elle secara tiba-tiba menerima kecaman kerana didakwa sengaja dan terlalu mencuba untuk ‘menjadi’ Fazura.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

gempak
18/09/2024
23:55 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan suaminya, Fattah Amin masih menjadi perbualan hangat di setiap media sosial sejak minggu lalu.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.