,
Laman Utama

[VIDEO] Hadiakan Pekerja iPhone 14, Ramai Nak Majikan Macam Syahmi Sazli

Shahrin Zulkifle
10/10/2022
08:00 MYT
“Untung dapat boss baik macam ni”, demikian antara pujian netizen kepada YouTuber terkenal, Syahmi Sazli selepas tindakannya menghadiahkan telefon pintar jenis iPhone 14 kepada seorang pekerjanya baru-baru ini.
Berkongsi momen manis itu di Instagram miliknya, Syahmi, 27 menjelaskan dia memilih pekerja wanita berkenaan selepas menilainya daripada beberapa sudut.
“Iphone 14 untuk pekerja air balang Mi (Syahmi). Mi pilih berdasarkan pelbagai sudut,” tulisnya ringkas pada kapsyen.
Menerusi perkongsian tersebut, pengarah filem Mael Totey itu telah menghulurkan kotak telefon pintar berkenaan kepada pekerjanya sambil disaksikan oleh beberapa pekerja yang lain.
Pekerja tersebut dilihat tersipu malu dan tersenyum gembira atas pemberian hadiah yang sangat bernilai itu.
Sementara itu, di ruangan balas, ramai wargamaya yang memuji sikap Syahmi yang tidak berkira dengan pekerjanya dan mendoakan rezekinya terus diluaskan.
Malah ada juga beberapa komen yang ditinggalkan berharap agar mereka memiliki majikan seperti Syahmi.
Terdahulu, perniagaan air balang Syahmi terus mendapat sambutan dan menjadi tular dikawasan tempat meniaganya di Kelantan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.