,
Laman Utama

[VIDEO] “Gigit Baju Tak Nak Lepas…”- Awal Ashaari Kongsi Ragam Peminta Sedekah Di Tanah Suci

Mya Amri
22/02/2023
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari berkongsi kisah pelbagai ragam manusia di Tanah Suci antaranya peminta sedekah.
Menurut Awal, peminta sedekah di sana tidak akan melepaskan gigitan pada baju sekiranya tidak berpuas hati dengan apa yang diberikan.
Momen itu dikongsi Awal menerusi satu video terbaharu yang di muat naik di akaun Instagram miliknya.
“Macam macam ragam manusia di Tanah Suci ni, antaranya kalau minta sedekah, jenis gigit baju kita tak nak lepas macam ni.
“Macam macam cara dah kita buat, gigitannya padu sekali. Banyak riyal kasi pun dia tak lepas selagi dia tak puas hati.
“Tapi kita kena banyak bersabar dan jangan cepat marah. Husnuzon je lah kot. Kalau tak lepas juga bawak la balik Malaysia,” tulisnya bergurau.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya juga berkongsi pengalaman yang sama seperti Awal antaranya:
“Mutawif biasa pesan kalau nak sedekah tu jangan yang dekat tepi tepi jalan sebab dia akan panggil geng. Habis kene kerumun nanti. Lebih baik bagi yang dekat dalam Masjidil Haram tu. Kita niat baik risau nanti jadi lain pula bila jadi macam ni. Semoga ada hikmah untuk kita semua,”
“Dorang memang agresif, saya dah pernah kena. Sejak tu kalau nak sedekah saya bagi je dekat cleaner, yang minta-minta ni dah tak layan, takut jadi gini,”
“Dorang tak nak makanan, dapat duit baru lepas. Memang gitulah, saya pergi tahun 2006 pun sama,”
“Pengalaman saya dulu kalau berjalan nak pergi ke masjid Nabawi tu kan memang akan nampak ramai budak yang mintak sedekah. Kalau sorang tu tak ada tangan kiri tiba-tiba yang lain tu pun sama. Mutawwif pun pesan hati-hati kalau orang dorang dekat sebab dorang handal dalam seluk saku ni. Tahu-tahu je telefon hilang,”
Terdahulu, Awal dan isterinya iaitu aktres Scha Al-Yahya berada di Makkah sejak 12 Januari lalu untuk menunaikan ibadah umrah.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Rebecca Nur Al Islam Sebak Doa Agar Hujan Lebat Ketika Tawaf Dimakbulkan - “Macam Tak Percaya, Tiba-Tiba Saja…”

gempak
03/09/2024
09:25 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram, Rebecca atau nama sebenarnya Rebecca Nur A Islam berkongsi rakaman video yang memaparkan hujan lebat di Masjidil Haram.
Hiburan

Tunai Umrah Bersama Bukti Cinta Shuk Sahar & Isteri Masih Utuh - “Selamatkan Rumah Tangga Selagi…”

gempak
23/08/2024
02:25 MYT
Pelawak Shuk Sahar menutup spekulasi mengenai masalah rumah tangganya dengan isteri, Fara Salleh dengan memuat naik foto di Instagram memperlihatkan mereka kini berada di Tanah Suci, Mekah.
Viral

"Saya Nak Bertanggungjawab Kerana Agama" - Hafiz Mahamad

gempak
29/07/2024
00:50 MYT
Pempengaruh dan usahawan Hafiz Mahamad tampil memberikan respons terhadap kecaman netizen berhubung video lama yang kembali tular baru-baru ini.
Viral

Kecoh Video Lama Jadi Bahan Fitnah Masyarakat Dunia Terhadap Agama, Netizen Desak Usahawan Tampil Perjelas

gempak
28/07/2024
08:25 MYT
Menerusi muat naik di platform X, tular beberapa rakaman yang memaparkan beberapa aksi kurang senang jemaah lelaki yang dikatakan menggugat keselamatan jemaah wanita di Masjidil Haram.
Viral

Viral Minum Air Basuhan Kaki Jemaah Balik Haji, Ini Komen Pendakwah - "Ia Tak Jatuh Syirik Tapi Satu Perbuatan Yang ..."

gempak
06/07/2024
08:55 MYT
Baru-baru ini kecoh di media sosial berkaitan tindakan beberapa orang wanita di Indonesia yang meminum air basuhan kaki pasangan suami isteri yang baru pulang dari menunaikan haji.