VIRAL
Video Detik Akhir Norshamira Cari Rezeki Buat Netizen Sebak, Ramai Kongsi Pengalaman Pernah Beli Sambal Arwah - “Lemah Lembut Orangnya”
Tular di media sosial kini video memaparkan mangsa bunuh, Norshamira Zainal, yang ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang, Jumaat lalu, mempromosikan sambal jualannya sebelum kejadian.
Kerja Keras Cari Rezeki Jual Sambal
Menerusi video berdurasi lebih 1 minit itu, Allahyarham Norshamira menyapa dengan sopan dan ramah sambil memperkenalkan produknya kepada seorang lelaki dan perempuan.
Dalam video itu juga, Allahyarham turut memberitahu bahawa sebelum itu dia membantu mencari seorang kanak-kanak yang hilang dan mahu segera pulang ke rumah.
Allahyarham yang tidak berapa sihat kerana mengalami sakit tekak ketika itu tetap melayan dua individu tersebut dengan mesra.
Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 3.3 juta tontonan dan 4,300 komen daripada netizen.
@userrazzzzzz Salam takziah atas pemergian arwah Shamira. Semoga seluruh ahli keluarga terus bertabah🥲🫶🏻#♬ original sound - userrazzzzzz
Sikap Peramah, Sopan Jadi Sebutan
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen menyifatkan Allahyarham Norshamira sebagai seorang yang baik, peramah, lemah lembut, dan gigih bekerja.
“Sedihnya dengar dia cakap sakit tekak tak sabar nak balik. Kuatnya dia cari rezeki. Penat-penat pun baik dia tolong cari anak orang hilang. Moga syurga buat arwah Shamira,” tulis netizen.
“Menangis tengok orangnya sebegini lembut, berani, ramah, kerja keras. Subhanallah. Semoga syurga buatmu Shamira. Allah dah bagi awak rehat. Cukuplah usaha awak di dunia ni,” komen netizen sebak.
“Arwah memang rajin, dia nampak betul sayang suami dengan anak dia. Memang dia orang baik, tengok akaun tiktok dia sebut suami dan anak dia nyawa, memang keluarga yang baik,” komen netizen lagi.
“Ya Allah saya selalu kalau bawa anak-anak pergi taman kat benteng. Dia selalu datang promote sambal dia, baik sangat orangnya,” kongsi netizen.
“Ya saya pun pernah beli sambal dengan akak tu dekat Esplanede juga dia promote, lemah lembut ye akak tu bercakap walaupun kita tak makan sambal pun dari segi akak tu promote buat kita jadi nak beli,” kongsi netizen lain.
Terdahulu, media melaporkan mayat Norshamira ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur.
Susulan itu, polis menahan seorang lelaki dipercayai suspek kes bunuh wanita berkenaan, semalam.
Suspek berusia 53 tahun itu ditahan di sebuah rumah di kawasan perumahan Wakaf Tembesu, Gong Badak, Kuala Terengganu.
Must-Watch Video