,
Gaya Hidup

[VIDEO] Dari Belakang Rumah, Peminat Tak Sabar Tunggu SugarBomb Masuk Indonesia - "Ada Rencana Buka Cabang Di ..."

Amri Hassan
27/09/2022
01:41 MYT
Jenama wangian terkenal SugarBomb mencuri perhatian di negara jiran Indonesia apabila pengasasnya, Ahmad Azhari Rosli seakan-akan memberi bayangan akan melebarkan sayap ke negara republik itu.
Ahmad Azhari atau lebih dikenali sebagai Boss A turut memberikan bayangan jenama yang diuasahakannya itu bakal membuka cawangan pertama di Surabaya tidak lama lagi.
Memetik keterangan video dimuat naik di laman sosialnya, Boss A menzahirkan ucapan terima kasih kepada pemilik syarikat pelbagai cabang perniagaan di Indonesia iaitu J99 Corp, Gilang Widya Pramana atau lebih dikenali dengan nama Juragan.
"Terima kasih team J99Corp dan Mas Juragan kerana menerima kunjungan kami ke kilang mereka.
"Doakan kerjasama dua negara antara Malaysia dan Indonesia ini terjalin dan berjaya. Amin," tulisnya di IG dan TikTok.

SugarBomb janji lebih banyak kejutan

Malah entri dimuatnaik Boss A di laman Instagram (IG) dan akaun TikTok miliknya Sabtu lalu juga pantas diasak dengan pelbagai andaian dan permintaan ramai termasuk warga seberang.
"Ga (belum) ada rencana untuk buka ruang di Pekan Baru?" demikian antara mesej langsung permintaan daripada pemilik akaun Instagram @dianfarida dari Surabaya yang tampak teruja dengan kehadiran SugarBomb di Indonesia nanti.
Meneliti entri dimuat naik di IG milik Boss A, dia juga pantas diminta untuk berkongsi berkenaan tips berjaya dalam perniagaan oleh beberapa pengikutnya dari negara seberang yang melihat dirinya sebagai usahawan muda yang menjadi inspirasi.
Sebagai negara serumpun, Boss A dan rangkaian perniagannya sendiri memahami situasi warga Indonesia yang sentiasa menantikan peluang pekerjaan untuk kelangsungan hidup selain sokongan positif kepada rakyat Malaysia dalam apa jua kerjasama terutamanya sektor ekonomi.
Diiring doa dan misi membawa jenama itu terus bangkit termasuk di negara republik berkenaan, tanda pagar #PastiBisa yang digunakan oleh usahawan popular itu menerusi muat naik IG Story miliknya seperti isyarat bahawa jenama ini akan membuat lebih banyak kejutan di Surabaya tidak lama lagi.

Produk penyegar udara SugarBomb

Mana tidaknya, bukan sahaja produk minyak wangi, SugarBomb juga turut rancak mengeluarkan beberapa produk lain seperti sanitasi tangan serta penyegar udara.
Malah, Oktober ini pula SugarBomb nampaknya mula berani untuk mengeluarkan produk dengan konsep baru yang pastinya mempunyai nilai komersial dan eksklusiviti tersendiri.
Perniagaan jenama wangian ini juga cukup menginspirasikan kerana asalnya hanya bermula dari ruangan pejabat kecil belakang rumah di Shah Alam, dan seterusnya sudah mampu memiliki kilang dan gudang wangian berkeluasan 1.21 hektar atau 3.0 ekar di Meru, Klang.
Jenama di bawah SugarBomb Worldwide Sdn Bhd itu yang beribu pejabat di Bandar Bukit Raja, Klang itu bertapak pada tahun 2017 dan mempunyai 200 pekerja.
Baru-baru ini jenama itu merasmikan produk baharunya di laman rasmi IG mereka berkonsepkan ‘Pinktober’ beserta tanda pagar #SUGARBOMBCAREFORYOU.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.