,
Laman Utama

[VIDEO] Cuaca Buruk Di Kemboja, Aaron Aziz Minta Doakan Misi Kemanusia Dipermudahkan

Shahrin Zulkifle
20/07/2022
10:30 MYT
Pelakon senior, Datuk Aaron Aziz berdepan situasi cuaca buruk ketika menjalankan bantuan misi kemanusian di Kemboja.
Menerusi satu hantaran terbaru yang dikongsi Aaron di Instagramnya, misi bantuan itu dilakukan bersama isteri, Diyana Halik dan seorang rakan lainnya.
“Baru je sampai Cambodia hujan lebat dan angin kuat masyallah.
“Saya dan isteri @diyanahalik serta sahabatnya @ddaania_mil_lisa di sini untuk membantu misi komuniti Islam di sini,” tulisnya pada kapsyen.
Tambah Aaron, tujuan utama mereka berangkat ke negara tersebut adalah bagi membina sebuah masjid sebagai kemudahan kepada penduduk Muslim di sana.
“Ini projek isteri, saya tumpang je. Sebab ada Masjid yang perlukan dana utk di bina, nanti tunggu Live ye semua.
“Semoga kami dapat sediakan saham akhirat kami yang penuh dosa dan jahil.
“Doakan ya semuanya dipermudahkan. Semoga Allah s.w.t permudahkan semua urusan kami disini Amiin,” tambahnya.
Sementara itu, peminat yang singgah ke ruangan balas mendoakan urusan pasangan itu dipermudahkan.
“Masyallah, semoga dipermudahkan segala urusan.
“Betul, cuaca disini memang selalu hujan lebat, jaga diri dan semoga dipermudahkan. “Semoga Allah permudahkan urusan awak dan isteri,” antara ucapan selamat wargamaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gara-Gara Makan Berlebihan, Kucing 'Oyen' Cecah Berat Lebih 17 Kilogram

gempak
08/09/2024
11:55 MYT
Seekor kucing jantan gergasi yang memiliki berat menyamai kanak-kanak ditemui tinggal di ruang bawah tanah sambil makan biskut dan minum sup.
Berita

Gara-Gara Mahu Menang iPhone, 4 Individu Sanggup Bogel Depan Orang Ramai

gempak
31/08/2024
23:55 MYT
Perbuatan empat orang individu menanggalkan pakaian di hadapan orang ramai untuk mendapatkan peluang memenangi telefon pintar iPhone telah mencetuskan kemarahan di Russia.
Berita

Tiga Kanak-Kanak Ditahan, Serang Rumah Pakai Busur & Anak Panah

gempak
22/08/2024
23:25 MYT
Perbuatan tiga kanak-kanak lelaki yang menyerang sebuah rumah dengan menggunakan  busur dan anak panah mengundang perhatian orang ramai.
Berita

Akibat Tak Diajak Selfie, Lelaki Tergamak Cekik Kekasih

gempak
22/08/2024
21:22 MYT
Seorang pemuda berusia 20 tahun ditahan kerana mencekik kekasihnya di dalam lif selepas berang dia tidak diajak untuk merakam swafoto bersama-sama.
Berita

Diminta Hantar Makanan Ke Balai Polis, Pelanggan Rupa-Rupanya...

gempak
22/08/2024
14:55 MYT
Seorang penghantar makanan Thailand menempuh detik seram apabila menerima pesanan daripada seorang pegawai polis yang sudah meninggal dunia.