,
Laman Utama

[VIDEO]: “Crack Gila Dia Ni” - Netizen Suka Farisha Iris! Lawak Kena Call Ex Bf Atas Stage, Buat Konsert Raisa Macam Konsert Sendiri

Mya Amri
21/11/2022
06:45 MYT
Penyanyi Farisha Iris di Konsert Raisa : Live In Malaysia bertempat di Zepp Kuala Lumpur yang berlangsung semalam mendapat perhatian netizen.
Lebih-lebih lagi-lagi apabila gelagat lucunya ketika berada di atas pentas bersama penyanyi cantik Indonesia, Raisa.
Pada pertengahan konsert sebelum menyampaikan lagu berjudul Mantan Terindah, Raisa berseloroh dengan meminta peminat untuk menghubungi bekas kekasih.
Raisa kemudiannya mencari peminat yang sporting untuk di bawa ke pentas bagi melaksanakan ‘tugasan’ tersebut.
Farisha kemudiannya dipilih dan selepas menjejakkan kakinya ke atas pentas, gelagat lucu Farisha mengundang ketawa peminat.
Dengan wajah yang blur, tutur kata yang ditukar sekejap bahasa Malaysia sekejap ke bahasa Indonesia, raksi teruja dapat bertemu Raisa juga sudah cukup membuatkan peminat ketawa terbahak-bahak.
@era.je Hahahaa lawak la peminat Raisa, Farisha Iriz ni. Putus sebab nak bertaubat eh. Rasa betul ke alasan nak putus ni? Tapi untung la dapat naik 1 stage dengan Raisa. ? #sharERA #LiveUpdateERA #RaisaLiveinMalaysia ♬ original sound - ERA
Gelagat Farisha yang dirakamkan oleh peminat Raisa itu juga sudah mula tular di TikTok.
Rata-rata netizen menyukainya dan melabelkan Farisha sebagai seorang yang sangat sporting.
“Farisya ni kalau bwk jadi member mesti gila gila no syatu hahahahaha,”
“Dia ni memang crack, tambah nervous excited, jadi lawak tau dak hahahahahaahahah kiyottt ja,”
“Aku rasa dia boleh masuk stage lawak weh hahahhaaha geramnyaa,” antara beberapa komen netizen.
@farisha_iris
??? RAISA!!!! UNBELIEVABLE!!!!! ????????♬ original sound - farisha iris
Terdahulu, konsert Raisa berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran peminat yang ramai membuatkan Zepp Kuala Lumpur full house!
Antara lagu yang dinyanyikan Raisa adalah Bahasa Kalbu, Berdamai, Cinta Sederhana, Could It Be Love, Jangan Cepat Berlalu, Kali Kedua, Kutukan, LDR, Love And Let Go, Love You Longer, Percayalah, Serba Salah, Tentang Dirimu dan Teristimewa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3

gempak
20/09/2024
05:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.