,
Laman Utama

[VIDEO] Budak 12 Tahun Tak Tahu Hamil 8 Bulan- "Masih Menonton Kartun..."

Syafiqah Jalal
07/01/2023
06:50 MYT
Baru baru ini tular di negara jiran dalam satu perkongsian video di TikTok yang membongkar nasib seorang kanak-kanak 12 tahun hamil 8 bulan.
Seorang pengguna TikTok akaun bernama @mammychuleta, berkongsi mengenai kanak-kanak umur 12 tahun itu yang dikenali sebagai Bunga (bukan nama sebenar) didakwa sedang sarat hamil.
Menerusi video yang dikongsikan itu memperlihatkan pemilik video membawa anak ini ke sebuah klinik selepas baru mengambilnya dari satu tempat.
Menurutnya, sepanjang masa dua jam perjalanan dengan keadaan jalan yang kurang baik, Bunga sering muntah-muntah.
"Dia tak memahami apa yang berlaku dalam tubuhnya. Dia malu ketika harus mengangkat baju untuk diperiksa doktor," kongsinya.
Dalam video itu dilihat, Bunga menjalani imbasan untuk kehamilannya di sebuah klinik.
Menerusi video itu wanita berkenaan turut menutup wajah kanak-kanak itu dengan gambar emoji.
Pemilik video sebak melihat keadaan Bunga kerana baginya, saat anak muda sebaya umurnya seronok bermain dengan rakan rakan Bunga pula ke pusat kesihatan untuk buat pemeriksaan kehamilan.
"Bunga cuma makan dan tidur sambil menonton kartun sebagaimana disukai kanak-kanak lain," tulisnya.
Pun begitu, wanita itu sabar menjaga budak itu sama seperti anaknya . Malah menguruskan rutin sebagai ibu hamil dengan mendapatkan rehat serta makan vitamin yang sepatutnya.
Perkongsian ini telah mendapat tumpuan kerana meraih 5.5 juta tontonan. Video tersebut menunjukkan keadaan Bunga selepas 5 hari berada di bawah jagaan pemilik video ini.
Menurut Suara.com, wanita yang merakam ini adalah seorang pemilik kebun tempat ibu bapa kepada Bunga bekerja.
Sumber juga melaporkan, bahawa Bunga dipercayai menjadi mangsa rogol oleh seseorang yang masih belum tahu identitinya.
@mommychutela Cerita Bunga Part 2 #fypシ #binjaitiktok #gbu #ceritasedih #ceritakita #makcutela #zega #lovefamily #saveourfamily ♬ suara asli - Hennyzegamakcuteola
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Berita

Budak Dalam Video Tular Bukan Mangsa Cubaan Culik Tapi Mangsa Amang Seksual - Polis

gempak
13/09/2024
01:25 MYT
Polis menafikan kanak-kanak yang dipegang bahunya oleh seorang lelaki di kawasan sebuah masjid di Subang Jaya adalah mangsa cubaan menculik.
Hiburan

Zulin Aziz Lebih Gembira Ditegur Hamil Berbanding ‘Gemuk’ - “Nak Cakap Balik Dekat Orang Yang…”

gempak
13/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Zulin Aziz memberitahu dia tidak kisah sekiranya ada orang menegur bentuk badannya kelihatan semakin berisi disebabkan mengandung.
Berita

Rogol Anak Hingga Bersalin, Buruh Dipenjara 72 Tahun, 60 Sebatan

gempak
12/09/2024
21:55 MYT
Seorang buruh dihukum penjara 72 tahun dan 60 sebatan oleh Mahkamah Sesyen  setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya sehingga melahirkan anak, tahun lepas.
Hollywood

Selena Gomez Tidak Boleh Hamil, Rancang Kaedah Ibu Tumpang Dapatkan Zuriat

gempak
11/09/2024
13:45 MYT
Baru diumumkan sebagai bilionair termuda Amerika Syarikat dengan aset bernilai RM5.7 bilion, Selena Gomez nampaknya mengejar sesuatu yang lebih ‘besar’.