,
Laman Utama

[VIDEO] "Bila Post Gambar Cakap Menunjuk, Bila Tak Post Cakap Kami Gaduh” - Bella Astillah Jawab Dakwaan Berunsur Fitnah

Mya Amri
12/01/2023
16:48 MYT
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah akhirnya tampil memberikan kenyataan mengenai spekulasi berkaitan dengan rumah tangganya bersama suaminya, Aliff Aziz.
Bella menerusi hantaran terbaru di akaun Instagram miliknya memaklumkan terdapat portal tidak bertanggungjawab telah menyunting kenyataan yang diberikan pada tahun 2019 sehingga mengundang fitnah.
“Assalammualaikum, lama kami berdiam diri. Tetapi harini terpanggil untuk buat satu posting berkenaan headline-headline, artikel artikel yang disebarkan di media social (Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube).
“Oleh kerana kami tidak ingin memberikan sebarang kenyataan, para blogger mengambil jalan mudah dengan menggunakan statement Bella pada tahun 2019 dan disunting seolah-olah Bella ada memberi kenyataan yang baru.
“Inilah yang dikatakan fitnah. Kami berusaha berdiam diri tapi makin menjadi. Ramai menyarankan kami untuk ambil tindakan dan saman tapi kami ada banyak lagi perkara yang perlu diutamakan,” jelasnya.
Dalam hantaran sama, Bella meminta jasa baik pihak tersebut agar menghentikan penyebaran yang tidak berasas itu.
“Bila kami selalu post gambar bersama orang cakap jangan menunjuk sangat, tapi bila kami tidak post cakap kami bergaduh.
“Kerana dengan segala fitnah yang dilemparkan sedikit sebanyak menganggu kerja kami. Kami suami isteri sekarang sibuk mencari rezeki, membesarkan anak-anak yang sudah mula bersekolah, dan sedang menjalani rawatan.
“Minta tolong jasa baik anda semua untuk hentikan penyebaran yang tidak berasas ini. Saya sertakan dengan contoh.
“Video di atas berkenaan mata bella pedih jadi terpaksa buang contact lens dan tiba-tiba bulu mata pun tercabut. (Video ini pada tahun 2019)
“Tapi video tu di ambil dan dijadikan thumbnail, diletakkan headline sebegitu dan disebarkan.
“Terakhir sekali, kami mohon jasa baik semua henti kan lah spekulasi. Kerana kami juga punya keluarga di sabah/singapore dan sahabat sahabat yang sedang bekerja dan mereka sering ditanya soal ini,” tegasnya.
Terdahulu, Bella sebelum ini membuat satu perkongsian yang menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanda tanya dalam kalangan netizen.
BACA: “Kifarah Sentiasa Ada... Kita Buat Jahat Dekat Orang, Esok Lusa Terkena Balik“ - Luahan Bella Astillah Cetus Tanda Tanya
Menerusi perkongsian itu, Bella mengatakan setiap tindakan tidak baik yang dilakukan seseorang itu pasti akan mendapat balasan memandangkan kehidupan umpama roda
Untuk info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, namun bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh edah.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Mohammad Ayden Adrean, 5, dan Ara Adreanna, 2.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Foto Disunting Jadi Mata Lebam & Tangan Bergari, Alif Satar Harap Netizen Tak Mudah Terpedaya - “Kita Berada Di Zaman Fitnah”

gempak
14/11/2024
04:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Alif Satar meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir pihak yang menyunting gambarnya untuk tujuan menyebarkan berita palsu mengenai dirinya di laman sosial.
Hiburan

Dituduh Jadi Pembuli, Aiman Ameer Anggap Fitnah Tak Berasas– “Saya Tak Salahkan Tapi…”

gempak
12/11/2024
09:20 MYT
Pelakon baharu, Aiman Ameer menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dirinya seorang pembuli di media sosial beberapa bulan lalu.
Hiburan

Fazura Lapor Polis Berkaitan Fitnah Seorang Wanita

gempak
08/11/2024
11:28 MYT
Bagaimanapun butiran terperinci mengenai fitnah yang dilemparkan pengguna media sosial itu belum dapat dikenal pasti.
Hiburan

Dituduh ‘Kaki Pukul’, Uqasha Senrose Nekad Selesaikan Isu Fitnah Di Mahkamah - "Saya Tetap Dan Tidak Akan..."

gempak
03/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Uqasha Sensrose menyatakan dia tekad untuk meneruskan kes fitnah yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadinya ke mahkamah.
Hiburan

"Jaga Isteri Sendiri, Tak Perlu Nasihat Kepada Duda-Duda Lain Macam Mana Nak ..." - Fazley Yaakob

gempak
01/11/2024
09:25 MYT
Cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob tampil menitipkan pesan kepada golongan lelaki khususnya suami yang masih berkahwin untuk menjaga isteri sendiri.
Unitar