Laman Utama
[VIDEO] Anak Kecil Menangis Nak Tengok Gambar Agong, Siap Panggil Raja Permaisuri ‘Kakak’ - “Semoga FYP & Sampai…”
Tular video di TikTok memperlihatkan seorang kanak-kanak menangis kerana mahu melihat gambar Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok Tuan Que, anak lelakinya yang berusia dua tahun itu menangis kerana mahu melihat gambar Seri Paduka di telefon bimbitnya.
Selepas melihat gambar Seri Paduka, anak kecil itu kemudian berhenti menangis dan terus tersenyum.
Lebih mencuit hati netizen apabila kanak-kanak itu juga menggelarkan Seri Paduka sebagai ‘atok’ dan manakala Raja Permaisuri Agong sebagai ‘kakak’.
“Mesti Permaisuri senyum lebor adik ni cakap kakak.
“Permaisuri Agung mesti nak jumpe adik ni. Sebab dia panggil kakak. haha,” komen netizen.
Malah, terdapat segelintir netizen juga mendoakan agar video kanak-kanak itu menjadi tular sehingga disedari Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong.
“Semoga FYP dan sampai kepada YDP Agong kita,” tulisnya.
@tuan_que
Anak 2 tahun nangis nak tengok gambar YDPA♬ original sound - Tuan Que
Must-Watch Video