,
Laman Utama

Vida Perkenal PA Baharu 'Pucuk Muda' Handsome, Gaji Lebih RM10,000 - "Kalau Saya Cari Yang Tua Nanti Ngantuk Ngak Ngak"

Amri Hassan
25/02/2022
02:55 MYT
Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida akhirnya memperkenalkan pembantu peribadi (PA) lelaki yang difahamkan dibayar gaji RM10,000 sebulan.
Lelaki berkulit cerah yang diperkenalkan sebagai Abang Qu itu diambil bekerja selepas beberapa bulan Vida tidak dibantu susulan kemelut bersama bekas PA, Iqbal Zulkefli.
"Pastinya gaji lebih daripada RM10,000. Saya memerlukan PA daripada tiga empat bulan lepas. Kalau saya cari yang tua nanti mengantuk 'ngak ngak', saya perlu positif energy," ujarnya ketika sesi siaran langsung di Instagram malam tadi.
Berkongsi lebih lanjut, Abang Qu atau nama sebenarnya Qushayry merupakan anak jati Selangor dan baru berusia 26 tahun.
"Insya-Allah ini merupakan 'bullet' untuk empayar DSV. Hari pertama bekerja saya sangat bersemangat," katanya.
Sementara itu, Vida dalam hantaran terdahulu memaklumkan ramai pihak telah menghantar resume kepadanya untuk menjadi PA selepas mengumumkan perkara terbabit di media sosial sekitar Disember tahun lalu.
BACA: DSV Is Offering RM10,000 Monthly Salary For A Handsome & Single Personal Assistant
BACA: "Baru Nak Apply" - Harith Iskander Teringin Nak Jadi PA Datuk Seri Vida, Tapi Netizen Kata ...
"Bismillah, PA baru saya (Abang Qu). Buat yang baru ikuti saya, dah lama saya cari PA untuk bantu saya. Ramai yang hantar resume. MasyaAllah…semua hebat hebat..
"PA baru saya ni @abgqu1 pemalu sikit orangnya. Saya pula jenis yang Happy sokmo haha. Ntah tak tahu macam mana nanti. Doakan ye, semoga kemasukan dia memberi barokah.
"Rezeki semua rahsia Tuhan, tak tercepat tak terlambat. Mana la tahu yang komen di positif positif di posting ini dapat Rezeki (Hadiah) dari saya? Tiber haha. InsyaAllah doakan tau perniagaan QuPuteh saya berikan manfaat kepada semua orang.
"Kehadapan PA baru saya Abang Qu, kerja baik baik, dikasihi team QuPuteh. Teruskan semangat untuk sama sama kami memberi manfaat kepada semua. Aaminn," katanya.
Kata Abang Qu atau popular dengan panggilan Qush di media sosial, dia berharap agar perjalanannya dalam karier baharu dipermudahkan.
"Ramai dm qush tanya; benar ke? Betul ke “tu Qush” ? Srslaaa. Qush tersenyum dan angguk kepala sedikit sebagai tanda, iyaa itu Qush lah.
"Rezeki bukan sekadar wang ringgit, rezeki hadir dalam pelbagai keadaan . Dikelilingi orang baik satu rezeki, ada kerja yang bagus pun juga satu rezeki.
"Qush tak minta banyak, doakan semoga perjalanan ini diberkati dan disenangi oleh semua," ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.