gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Netizen Sayu 'Pak Cik' Diusir Dari Surau Perumahan, Alasan Penduduk Bayar Maintenance - "Kalau Boleh Kita Nak Kunci ..."
HIBURAN
Edaman Ohman Kongsi Bakal Ke Dunia Muzik Tapi Mahu Fokus Lakonan Dahulu - “Memang Rindu Nak…”
BERITA
Bilik Bersepah Dipercayai Punca Rakan Serumah Maut Ditikam
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Vida Masih Trauma, Dua Pereka Fesyen Dipukul Jurugambar Dengan Kamera Depan Mata - “Saya Tak Boleh Tahan Bila Lubang Luka Itu Sampai Berdarah-Darah”

Mya Amri
Mya Amri
09/01/2025
09:52 MYT
Sponsor Banner
Vida Masih Trauma, Dua Pereka Fesyen Dipukul Jurugambar Dengan Kamera Depan Mata - “Saya Tak Boleh Tahan Bila Lubang Luka Itu Sampai Berdarah-Darah”
Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida akui terkejut melihat kedua pereka fesyennya iaitu Razman dan Razmi cedera diserang seorang jurugambar dalam kejadian di acara anugerah yang berlangsung malam tadi.

Vida trauma lihat pereka fesyen dipukul depan mata

Menurut Vida, kejadian yang berlaku di depan mata itu membuatkan dia berada dalam keadaan trauma seketika.

“Memang saya terkejut, saya tak pernah tengok kejadian begitu berlaku depan mata dan mula-mula tu saya ingat gurauan, pukul-pukul macam tu. “Dua-dua pihak saya kenal, benda ini berlaku sangat pantas, yang saya tak boleh tahan bila lubang luka tu sampai berdarah-darah. “Saya tak boleh nak hadam, kenapa jadi begitu, tak boleh kah kalau berbincang? Dah kenapa saat ini, di majlis anugerah sebegini.

“Tengah orang ramai, tak takut ke kena hukum bila buat begini. Pukul orang tengah ramai, kalau ada masalah apa pun boleh selesaikan, bukan dengan cara begini,” katanya ketika ditemui Gempak.

ARTIKEL BERKAITAN:Barang Rumah Bakal Dilelong, Vida Tak Cepat Melatah - “Insya-Allah Saya Dipihak Yang Benar & Perkara Itu Tidak Akan Berlaku”

Razman Razmi tak pernah timbulkan masalah

Mengulas mengenai keperibadian Razman dan Razmi, Vida berkata sepanjang perkenalan mereka sejak 15 tahun lalu, mereka menimbulkan sebarang masalah.

“Tapi kalau mengenal Razman Razmi ni, setahu saya mereka tak adalah suka berhutang, kalau nak apa-apa, mereka akan selesaikan kerja. “Kalau nak kata yang mulut-mulut jahat tu pun tak ada, mereka tak peduli pun, hanya diri mereka berdua sahaja, buat hal sendiri. “Dah kenapa orang yang saya kenal seorang lagi tu, orang yang saya rasa alim juga, yang jenis menghadiri usrah, takkan gila pukul orang tengah ramai. Takut saya.

“Razman Razmi tu saya kenal daripada tahun 2010, lama dah dan tidak ada masalah. Jenis suka berbual, begitulah dia.
“Yang sorang lagi tu saya kenal dia, dia tidak ada kompromi tentang duit. Sebab saya pernah ada menggunakan perkhidmatannya.
“Kepala saya masih teringat tentang kejadian itu, saya memang jenis trauma darah, takut saya, lepas tu tengok orang kena pukul depan kita, orang yang kita kenal pula, rapat dengan kita.
“Tak boleh nak bayangkan… Semoga kita semua dilindungi,” jelasnya.
Terdahulu, Razman dan Razmi cedera di bahagian muka selepas diserang seorang jurugambar.
Dalam kejadian jam 8.40 malam itu, Razman dan Razmi yang juga pereka fesyen menghasilkan busana Vida untuk acara itu dipukul dengan kamera oleh jurugambar lelaki terbabit.
Kedua-duanya yang mengalami luka di pipi kemudian diberi rawatan kecemasan sebelum penganjur bertindak membuat laporan polis.
Topic Berkaitan
#Pereka Fesyen
#Datuk Seri Vida
#Pukul
#DSV
#Vida
#Jurugambar
#Diserang
#Razman Razmi
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement