,
Laman Utama

Vida Dakwa Anuar Zain G*y Bila Peminat Suruh Mengorat? Ini Reaksi Ziana Zain

Azwa Rahman
26/01/2022
00:10 MYT
Penyanyi terkenal Ziana Zain menempelak usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida selepas ahli perniagaan itu mendakwa adiknya, Anuar Zain mengamalkan hubungan sejenis.
Menerusi platform TikTok, seorang pengguna berkongsi sedutan video Vida membuat kenyataan tersebut untuk tatapan umum.
Menerusi video berdurasi kurang 15 saat itu, Vida menjawab pertanyaan seseorang yang memohon dia untuk memikat pelantun lagu Lelaki Ini itu untuk dijadikan suami.
Vida dengan nada berbisik, berkata, “G*y.. g*y.. faham tak?”
@yus_dexter Tak patut keluar pun perktaan tu!! #fyp ♬ original sound - TikToker
Perbuatan tersebut menarik perhatian Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 54, yang kemudiannya meninggalkan komen pada video berkenaan.
“Sangat biadapppppppp,” tulis Ziana yang menggunakan akaun TikTok rasmi miliknya.
Bukan sahaja Ziana, dakwaan tersebut mengundang rasa berang wargamaya yang rata-ratanya mempertahankan penyanyi lelaki tersohor itu.
Tidak kurang juga ramai yang meminta Anuar untuk tampil mengemukakan saman terhadap dakwaan tersebut.
@nurafiqahsamsud25:Anuar Zain tu ada class. Dia taknak perempuan terpekik terlolong.”
@user4285909616231:Anuar Zain boleh saman ni.”
@_WAN MAZ_:"Mencari salah dan aib orang hanya untuk kepuasan diri sendiri adalah petanda hati rosak -Tok Guru Nik Aziz.”
@i-am-shahromyazid:Ini soal maruah, jangan buat main-main!! Kaya tidak bermakna boleh menghina dan memfitnah orang lain sesuka hati.”
@oja:Sebab tu kawen banyak kali pun tak bertahan.... Ubah dulu apa yang patut.. duit tak mampu membeli adab melainkan kita pupuk sendiri.”
@M VP658:Mulut jaga ya, anak-anak tu masih dalam fasa meneroka identiti.. takut karma mengata orang terpalit kat keturunan sendiri.”
@Kakya:Tak baiknya cakap cmtu, Anuar Zain tu baik humble tak penah kacau hidup orang lain pun.”
@Shariza abd latif:Tu sebab jangan banyak cakap. Banyak cakap banyak salah.. Menyakitkan hati orang. Kalau betul mengumpat. Kalau tak betul fitnah. Moga dia sedar dan minta maaf.”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada warga TikTok.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kongsi Video Berhijab, Netizen Doa Cik B Terbuka Hati Tutup Aurat - "Semoga Istiqamah"

gempak
22/08/2024
07:25 MYT
Anak gadis kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sememangnya popular dengan tingkah lakunya yang seakan-akan lelaki.
Hiburan

Pernah Viral Nyanyi Lagu Ziana Zain, Ayish Malkan Kini Bergelar Penyanyi & Lancar Lagu Pertama - "Cinta Dicintai Sentuh Sanubari..."

gempak
17/07/2024
18:48 MYT
Hanya kerana video nyanyiannya tular, nama Ayish Malkan akhirnya dikenali oleh sebahagian besar peminat.
Viral

“Tak Ada Perasaan Rindu… Trauma Dengan Dia” - Cik B

gempak
02/07/2024
06:55 MYT
Anak kepada usahawan sensasi Datuk Seri Vida iaitu Cik B menganggap ibunya adalah segalanya termasuklah memegang tanggungjawab sebagai seorang bapa dalam keluarga mereka.
Hiburan

Ziana Zain Diva Seluruh Generasi, Musnahkan Skeptikal Usia 56 Hanya Angka

gempak
27/05/2024
15:55 MYT
Ziana Zain di depan mata. Tanpa pernyataan ‘show off’, beliau mempersona, anggun dan punya aura seperti sejak pertama kali kemunculannya lebih 20 tahun lalu.
Hiburan

Ibu Solat Hajat, Bapa Ziana Zain Video Call Mahu Lihat Baju & Solekan

gempak
26/05/2024
09:55 MYT
Penghibur Ziana Zain mendapat kejutan apabila menerima panggilan video daripada bapanya, Zain Abdullah menerusi adik, Anuar Zain sewaktu membuat persembahan pada Ziana Zain Konsert 2024 di Mega Star Arena.