,
Laman Utama

Victoria Beckham &  Menantu Kaya Tak Ngam

Maliah Surip
09/08/2022
14:25 MYT
Khabar kurang enak datang dari keluarga Victoria Beckham. Isteri pemain bola legenda David Beckham ini didakwa bermasam muka dengan anak menantunya yang kaya raya, Nicola Peltz.
Page Six melaporkan ‘perseteruan’ keduanya tercetus sejak Brooklyn mengumumkan perkahwinannya dengan Peltz.
Sumber mendakwa sejak pasangan itu merancang untuk berkahwin, Peltz tidak banyak berkongsi perancangan atau rencana majlis perkahwinannya bersama anak lelaki mantan anggota Spice Girls itu.
“Mereka tidak boleh bertahan antara satu sama lain. Mereka juga tidak bercakap. Rencana majlis perkahwinan mereka dahsyat,” dakwa sumber tersebut.
Peltz dikatakan tidak mahu Victoria masuk campur dalam urusan majlis perkahwinan mereka. Wanita itu juga lebih banyak merahsiakan perancangan perkahwinannya dengan Brooklyn.
“Dia tidak mahu Victoria masuk campur dalam urusan perkahwinan dan komunikasi keduanya terlalu sedikit. Itu membuatkan semuanya berakhir dengan ‘drama’”,bunyi kenyataan tersebut lagi.
Perseteruan tersebut telah memberi tekanan kepada Brooklyn. Apa lagi setelah chef muda itu memuat naik hasil temubual Peltz dengan majalah Tatler yang berbunyi; ‘The New Mrs Beckham’.
“Mereka juga sudah beberapa bulan tidak berkomunikasi,” dakwa sumber tersebut lagi.
Bagaimanapun sejak gosip ini tersebar, pihak Victoria serta pasangan pengantin yang berkahwin pada 9 April lalu masih belum memberi sebarang respons.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.
Sukan

Pearly-Thinaah Juara Terbuka Hong Kong

gempak
15/09/2024
08:10 MYT
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah muncul juara Terbuka Hong setelah menewaskan pilihan kedua dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning secara straight set sebentar tadi.