,
Laman Utama

Victoria Beckham Kata Trend Badan Kurus Sikap Kuno: “Wanita Sekarang Mahu ….”

Maliah Surip
17/05/2022
14:35 MYT
Bekas anggota Spice Girl dan juga pengusaha Victoria Beckham yang terkenal dengan citarasa fesyen tinggi mengatakan sikap wanita moden yang menilai kecantikan sudah berubah.
Victioria yang cukup terkenal dengan penampilan bertubuh kurus sekaligus menjadi idola banyak perempuan di dunia mengatakan bahwa trend tubuh kurus sudah berlalu. Sekarang perempuan lebih suka memiliki tubuh yang berisi.
"Itu sikap kuno, ingin menjadi sangat kurus," kata Victoria yang menjadi wajah sampul Grazia, lapor Hello Magazine.
Isteri David Beckham itu juga menambah wanita zaman moden bukan mahu kurus semata mata, tetapi ingin sihat dan memiliki bentuk tubuh berlekuk.
“Mereka ingin memiliki payudara dan punggung,” dakwanya.
Perempuan 48 tahun itu mengatakan dia menyedari banyak yang telah berubah dalam keinginan wanita moden sepanjang menghabiskan sebagian dari masa pandemik dengan bekerja di Florida Selatan.
Di sana dia belajar dan menyedari keinginan wanita masa kini.
“Di Miami ada banyak wanita yang sangat bangga dengan penampilan tubuh mereka. Mereka tak mahu memiliki bentuk tubuh berlekuk, bukan terlalu kurus. Dan mereka kelihatan hebat,” katanya.
Justeru dia mengaku telah mendedahkan puterinya, Harper Seven, 11, dengan penampilan atau kebebasan memiliki bentuk tubuh yang baik.
Malah dia kini juga merayakan penampilan dan bentuk tubuhnya yang biar kecil dan masih terlihat kurus, namun disifatkan lebih sihat.
“Ini bukan tentang menjadi ukuran tertentu. Ini tentang mengetahui siapa kamu dan bahagia dengan siapa kamu.
“Saya telah menemukan keseimbangan saya sendiri antara ingin bersenang-senang dan disiplin tentang pola makan sihat dan berolahraga,”katanya yang baru melancarkan produk fesyen VB Body.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.