,
Hiburan

Versi Eksklusif Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah Di Astro First!

Amri Hassan
12/09/2024
02:33 MYT
Platform yang membawakan filem-filem terbaik terus ke rumah anda, Astro First akan membawakan sebuah lagi filem aksi epik tahun ini iaitu Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah menerusi platform Astro saluran 480 atau On Demand dan Astro GO, serta peranti pilihan anda melalui sooka bermula 12 September ini.

BERITA TRENDING: Luah Rasa Risau Babak Tunggang Kuda, Fazura Nafi Berbadan Dua - “Saya Berdoa Setiap Hari Semoga Tak Jatuh”

Dihasilkan oleh penerbit yang sama dengan filem box-office Mat Kilau, filem ini tampil lebih istimewa kerana penonton akan dipersembahkan dengan versi lanjutan eksklusif (extended version) yang tidak ditayangkan di pawagam!
Bagi versi eksklusif ini, penonton akan dipersembahkan dengan babak-babak tambahan dengan adegan yang lebih terperinci serta perkembangan watak-watak utama, menjadikan versi ini satu kelainan yang wajib ditonton.
Pendekar Awang & Tok Gajah : Darah Indera Gajah dibintangi barisan pelakon seperti Fattah Amin, Fazura, Nadhir Nasar, Wan Hanafi Su, Amerul Affendi, Hasnul Rahmat, Amir Ahnaf dan ramai lagi.
Filem terbitan Studio Kembara ini mengisahkan perjuangan dua pahlawan tersohor, Pendekar Awang dan Tok Gajah, dalam mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh.
Padat dengan visual sinematik yang memukau dan aksi yang mendebarkan, penonton boleh nikmati filem Pendekar Awang & Tok Gajah : Darah Indera Gajah dengan melanggan pada satu harga iaitu RM16.20 di platform Astro, manakala RM 19.50 di platform penstriman sooka untuk tempoh 48 jam.
Menurut Penerbit Eksekutif filem Pendekar Awang Dan Tok Gajah: Darah Indera Gajah, Abdul Rahman Dali, berkata pihaknya berbesar hati untuk menayangkan filem itu di Astro First.
"Kami sangat berbesar hati untuk mempersembahkan Pendekar Awang Dan Tok Gajah dengan tagline filem ‘Hiburan Bermanfaat Seisi Keluarga’, di platform Astro First.
"Filem ini bukan sahaja menawarkan hiburan yang menarik dan mendebarkan, tetapi juga mengangkat tema perjuangan dan ketabahan yang boleh dihayati oleh setiap ahli keluarga. Kami percaya Astro First adalah platform terbaik untuk membawa filem ini ke skrin rumah anda, menjadikannya pilihan ideal untuk waktu tontonan bersama keluarga. "Terima kasih kepada semua yang telah menyokong kami dalam menjayakan projek ini. Saksikan Pendekar Awang Dan Tok Gajah: Darah Indera Gajah dan nikmati pengalaman hiburan yang penuh makna bersama orang tersayang!" katanya.
Untuk maklumat lanjut dan cara-cara pembelian Astro First di Astro, layari www.support.astro.com.my. Manakala, muat turun sooka di Apple Store dan Google Play Store (untuk aplikasi mobil) dan Samsung, LG, Xiaomi, & Google/Android TV (versi 8 dan keatas) untuk TV Pintar. Untuk maklumat lanjut mengenai sooka, layari sooka.my.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan versi eksklusif ini hanya di Astro First akan memberikan kepuasan tontonan yang lebih mendalam. Ikuti perkembangan dan info terbaru mengenai Pendekar Awang & Tok Gajah : Darah Indera Gajah di akaun media sosial Astro First seperti Instagram dan TikTok.

BERITA TRENDING: "Dia Pendekar Terpaling Sejati..." - Netizen Geram Penonton Pakai Tanjak Ganggu Tayangan Skrin Mat Kilau

BERITA TRENDING: Semakin Sado, Beto Kusyairy Minta Coach Ubah Bentuk Badannya Seperti Bruce Lee atau Sudin Pendekar Bujang Lapok!

BERITA TRENDING: "Masa Tu Baru Buat Recording, Jadi Extra Berlakon Dengan HVD Drama Pendekar" - Nurul Wahab

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Filem

Baik Punya Ah-Long No 1 Dalam Carta Di Pawagam Selepas Sehari Ditayangkan!

gempak
13/09/2024
02:35 MYT
Filem Baik Punya Ah-Long kini mendominasi carta top 10 filem di pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) selepas sehari ditayangkan di seluruh negara.
Peraduan

Gempak Movie Night Out: Tiket Fans Screening Johor Filem Baik Punya Ah Long

gempak
12/09/2024
03:58 MYT
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
Filem

Wajib Tonton! JoZan Buat Comeback Menerusi Baik Punya Ah Long

gempak
11/09/2024
13:35 MYT
Dua tahun lalu raja duo komedi Malaysia, JOZAN iaitu gandingan Zizan Razak dan Johan telah menggegarkan pawagam seluruh tanah air menerusi filem pecah panggung, dan kini mereka kembali menggeletek penonton menerusi filem komedi terbaru, Baik Punya Ah-Long.