,
Laman Utama

Vanidah Imran Persiapkan Diri Menjadi Muslimah Lebih Baik - “Kalau Pakai, Tapi Jiwa…”

Asyikin Mayudin
02/03/2023
08:50 MYT
Tampil dengan imej bertudung ketika majlis tayangan filem Imam di Istana Budaya, pelakon Vanidah Imran memberitahu penampilan itu hanya untuk menghormati majlis.
Menurut Vanidah, sudah pasti dia mahu berhijrah menjadi lebih baik namun proses untuk penghijrahan itu perlu mengambil masa.
“Doa yang baik-baik, Insya-Allah. Kita nak tutup mulut tempayan susah, at this age… saya tak terlalu ambil peduli. Sebab benda tu proses.
“Untuk saya nak berhijrah, saya perlu betul-betul sure. Saya tahu itu tuntutan dan ia wajib. Tapi saya tak nak nanti kalau saya pakai tapi jiwa saya meronta, saya masih lagi nak fit (baju ketat).
“Jadi, bagi saya belajar dulu supaya bila saya pakai itu ada proses la. Allah knows. Saya selalu percaya itu,” kata Vanidah kepada Gempak.
Tambah Vanidah lagi, dia bimbang jika hatinya berbolak-balik selepas memakai tudung disebabkan belum bersedia ke arah penghijrahan itu.
“Ramai kawan saya yang dah berhijrah cakap ‘Vee, bila dah tiba masa, you sarung tak fikir’. Bila dah pakai tu dah tak fikir, teruskan saja.
“Kalau pakai, tapi rasa macam tak sure, rasa nak buka la, nanti satu hari akan rasa rengsek. Saya ada nampak kawan dah pakai 12 tahun, tiba-tiba buka. Katanya bukan diri dia.
“Saya takut, sebelum jatuh fitnah… bagi saya perlahan-lahan. Buat masa sekarang, saya kuatkan jiwa dahulu. Saya belajar apa yang saya tak pasti,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Vanidah Imran Gembira Rashidi Ishak Pilih Wan Hasliza Sebagai Isteri - “Sebenarnya Saya Sudah Lama Tahu Mereka…”

gempak
03/03/2023
01:50 MYT
Alhamdulillah...
Laman Utama

Vanidah Imran Kongsi Pengalaman Nikah Kali Kedua: “Abah Kata No, Usia Awak Tak Sesuai Kahwin Lagi…”

gempak
30/12/2022
02:43 MYT
Pernikahan di antara Vanidah, 49, dengan Arifabillah Idris, 43, adalah yang kedua kali bagi pasangan ini.
Laman Utama

Top 5 Artis Usia Lebih 40 Tahun Tapi Tetap Cantik! Kulit Pun Flawless!

gempak
29/12/2022
07:34 MYT
Cantik-cantik semuanya, memang nampak muda.
Laman Utama

Buat Majlis Kahwin Kecil-Kecilan, Vanidah Imran Mohon Maaf Jika Ada Pihak Terasa

gempak
16/07/2022
13:35 MYT
Majlis simple tapi sangat sweet.
Laman Utama

Vanidah Imran Kini Kembali Bergelar Isteri, Punya Sebab Rahsia Tarikh Pernikahan

gempak
07/07/2022
04:58 MYT
Tahniah!