,
Laman Utama

Vanidah Imran Kini Kembali Bergelar Isteri, Punya Sebab Rahsia Tarikh Pernikahan

Izwan Isa
07/07/2022
04:58 MYT
Pelakon terkenal, Vanidah Imran, 49, kini rasmi bergelar isteri kepada Arifabillah Idris, 43, yang merupakan seorang jurutera selepas kedua-duanya disatukan pada pukul 12.12 tengah hari tadi.
Majlis pernikahan pasangan berkenaan dikendalikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi dengan berwalikan adik Vanidah, Johan Imran di sebuah lokasi di Titawangsa, Kuala Lumpur.
Pada majlis pernikahan yang dihadiri oleh 50 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan teman rapat, Vanidah dan Arifabillah sepakat untuk tidak berkongsi jumlah wang hantaran sebagai memenuhi permintaan keluarga.
Pelakon filem Perempuan Melayu Terakhir dan Red Kebaya itu turut menerima mas kahwin berbentuk seutas rantai emas daripada suaminya selain masing-masing berbalas dua dulang hantaran.
Dalam majlis berlangsung sederhana namun penuh bermakna itu sentuhan perancang perkahwinan @ezsconcept, Vanidah mengenakan pakaian rekaan Rizman Ruzaini dan solekan oleh Syed Faizal.
Kembali bergelar isteri, kata Vanidah, bukan sesuatu yang mudah, namun berkat restu seluruh ahli keluarga dan sokongan rakan-rakan, niat baik itu dipermudahkan oleh Allah.
Justeru, sebelum tiba hari bahagia itu, Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-20 itu memilih mengunci mulut tanpa menghebahkannya.
"Sejujurnya yang hanya tahu saya dan Arifabillah mempunyai hubungan istimewa hanyalah kawan rapat selain keluarga dan dua anak saya, Mikail Aimran dan Maryam Rashika.
"Kawan rapat pun hanya dimaklumkan saya beberapa hari sebelum majlis pernikahan. Ada di antara mereka terkejut dengan berita ini, namun dalam masa tumpang gembira terhadap keputusan dibuat,” ujarnya.
Kata Vanidah, sejujurnya dia gembira dan bersyukur kerana bertemu jodoh dengan Arifabillah yang memiliki persamaan dengannya.
Tambahnya, dia dan suaminya, berpengalaman melalui kegagalan dalam perkahwinan pertama serta dikurniakan anak, justeru, persefahaman lebih mudah dicapai.
"Kami pernah berkahwin. Masing-masing pernah melalui pengalaman hidup berumah tangga. Dia sebelum ini berstatus duda kepada empat cahaya mata.
"Jadi paling utama dalam memutuskan soal membina masjid kami, perasaan dan hati anak-anak perlu diutamakan,” kata Vanidah yang kini bertugas sebagai pensyarah Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Kredit foto: @luxurycapturephotography
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

“Stop Grooming Children! Stop Pedofile Bang**t” - Peguam Dedah Kisah Ada Pakcik Mahu Nikah Anak Buah Sendiri

gempak
12/09/2024
16:00 MYT
Seorang peguam berkongsi pengalamannya bertemu dengan individu yang menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan anak saudaranya sendiri.
Hiburan

Nina Ismail Sabri Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat? - #GoodByeSingleNina”

gempak
10/09/2024
08:55 MYT
Bekas isteri kepada pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri mencuri perhatian ramai apabila bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Terkini

Pengapit Lupa Jalan, Pengantin Wanita Drive Sendiri Kereta Pergi Menikah!

gempak
09/09/2024
07:55 MYT
Gelagat seorang pengantin wanita mengambil alih 'stereng' daripada rakannya yang juga pengapit mencuit hati netizen.
Hiburan

Lerai Spekulasi, Jue Aziz Kembali Bergelar Isteri... Nikah Ogos Lalu

gempak
09/09/2024
07:14 MYT
Pelakon Jue Aziz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya yang dikenali sebagai Ridwan pada 18 Ogos lalu.
Hiburan

Jeslina Hashim Kini Isteri Kepada Tunku Eddy Nasruan

gempak
10/08/2024
14:47 MYT
Penyanyi dan pelakon Jeslina Hashim selamat bergelar isteri kepada kerabat Diraja Negeri Sembilan iaitu Tunku Eddy Nasruan.