,
Laman Utama

Vaksin Cansino Telah Diluluskan Sebagai Dos Penggalak

Asraf Aided
08/01/2022
01:37 MYT
Vaksin dos tunggal CanSino, Convidecia telah mendapat kelulusan bersyarat sebagai dos penggalak daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Malaysia (PBKD) yang berada di bawah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
Memetik laporan BERNAMA, Solution Group Bhd menerusi anak syarikatnya, Solution Bilologics Sdn Bhd memaklumkan bahawa PBKD telah bersetuju Convidecia digunakan sebagai dos penggalak.
Convidecia adalah sejenis vaksin berasaskan vektor adenovirus-5.
Kelulusan berkenaan membolehkan vaksin CanSino digunakan pada golongan berusia 18 tahun ke atas, dalam tempoh tiga hingga enam bulan selepas menerima dos pertama vaksin CanSino.
Menurut Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Nazlee Kamal, kajian telah menunjukkan bahawa vaksin dos tunggal Convidecia berkesan sebagai dos penggalak terhadap penyebaran varian COVID-19.
Ia menunjukkan peningkatan sekurang-kurangnya lapan kali lebih tinggi meneutralkan paras antibodi, enam bulan selepas menerima dos pertama.
"Dengan kelulusan ini, kami berharap ia akan membantu meningkatkan bilangan dos penggalak yang diuruskan dalam negara untuk membendung penularan tersebut," katanya.
Dalam pada itu, kumpulan tersebut juga sedang berusaha untuk mendapatkan kelulusan NPRA untuk Convidecia digunakan sebagai dos penggalak bagi penerima vaksin utama lain seperti CoronoVac yang turut dikenali sebagai Sinovac.
Pada Disember 2021, Solution Biologics telah menghantar sebanyak 3.5 juta dos vaksin COVID-19 itu kepada Kementerian Kesihatan (KKM).
Pengeluaran tempatan daripada kemudahan 'fill and finish' (pengisian dan pembotolan) dijangka bermula tidal lama sahaja lagi.
Sumber: BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.