gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Lembu Terkorban Sebelum Sempat Dibuat Korban
HIBURAN
Rakan Dedah Sisi Sebenar Fatin Afeefa, Dilabel Sebagai Isteri Taat Pada Suami - “Korang Pernah Dengar Dia menyanyi Lagi? Berlakon?”
VIRAL
“Kalau Nak Pergi, Silakan…” - Nur Shahida Anggap Buang Masa Bergaduh Dengan Suami Hanya Sebab ‘Penyondol’
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Uyaina Arshad Hilang Berat 16 Kg, Rajin Berjalan Atas 'Walking Pad' - “Jangan Malas, Jangan Bagi Alasan, Just Walk”

gempak
Mya Amri
09/04/2025
03:50 MYT
Sponsor Banner
Uyaina Arshad Hilang Berat 16 Kg, Rajin Berjalan Atas 'Walking Pad' - “Jangan Malas, Jangan Bagi Alasan, Just Walk”
Pelakon, Uyaina Arshad berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 16 kilogram (kg) dengan hanya berjalan menggunakan alat senaman yang dipanggil ‘walking pad’

Hilang 16 kg

Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di Instagram.
Menurut Uyaina, dia akan melakukan senaman dengan berjalan di atas alat tersebut setiap hari.
“Usaha tak akan mengkhianati hasil. Siapa yang tengok igs saya, mesti tahu apa aktiviti wajib saya buat setiap hari.

“Setiap hari saya akan #SudahJalanKaBelum atas my walking pad. Tapi lepas berat saya stagnant, saya tukar sedikit rutin saya. Saya mula lari dan melakukan senaman melibatkan weight lifts.

“Setakat ini saya dah hilang a total of 16 kilos, hanya dengan berjalan. Sejujurnya, berjalan adalah senaman yang saya boleh buat setiap hari tanpa rasa penat. Berjalan juga bagus untuk kaki dan jantung,” kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN:Jaga Pemakanan & Buat Aktiviti Fizikal, Dina Nadzir Berjaya Hilang 17 Kilogram! - “Saya Sekarang Sangat Suka…”

ARTIKEL BERKAITAN:Diana Danielle Tolak Bariatrik, Percaya Kurus Secara Semulajadi - “Bukan Saya Tak Boleh Turun Berat Cuma…”

ARTIKEL BERKAITAN:Hael Husaini Hanya Makan Sayur Seminggu, Turun Berat Badan 7 Kilogram!

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Fikir Pasal Kurus, Risau Dia Akan…” - Fizz Fairuz Ada Alasan Tersendiri Tak Mahu Isteri Turun Berat Badan

ARTIKEL BERKAITAN:“No Rice, Simple Meal, Exercise” - Chef Wan Makan Telur Rebus, Dah Turun Berat 4 Ke 5 Kg

Nak kurangkan berat, jangan putus asa

Dalam pada itu, Uyaina juga turut memberikan semangat kepada mereka yang sedang berusaha menurunkan berat dan memberi saranan untuk melakukan senaman dengan cara berjalan.
Kata Uyaina, berjalan tidak hanya menurunkan berat, tetapi juga dapat memberi perkembangan positif dari sudut kesihatan mental dan emosi.

“Buat yang tengah struggle nak turunkan berat badan, cuba berjalan. Jalan je. Jangan fikir. Jangan malas. Jangan bagi alasan. Just walk.

“Anda akan nampak perubahan dari segi berat badan, inch loss, kulit & paling utama adalah kesihatan mental. Saya rasa lebih sihat dan gembira sekarang. “Saya juga rasa gembira bila tengok ramai yang tag saya berjalan atas walking pad atau treadmill anda,” tulisnya.
Berikut merupakan perkongsian penuh Uyaina:
View this post on Instagram
A post shared by UA (@uyainaarshad)
Topic Berkaitan
#Uyaina Arshad
#Senaman
#Turun Berat
#Hilang Berat Badan
#Walking Pad
Must-Watch Video