,
Laman Utama

U-Wei Berucap, Umum Pemenang Dalam Bahasa Melayu Di Festival Filem Antarabangsa Moscow

Gempak
06/09/2022
07:46 MYT
Pengarah filem tersohor, U-Wei Saari memecahkan tradisi Festival Filem Antarabangsa Moscow dengan meyampaikan ucapan dan mengumumkan pemenang dalam Bahasa Melayu.
Selaku Ketua Juri (Filem Dokumentari), U-Wei memilih untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai salah satu cara beliau memartabatkan bahasa ibunda.
"Sebagai karyawan Malaysia dan mewakili Malaysia, selayaknya untuk saya menggunakan bahasa ibunda untuk berucap dan mengumumkan pemenang pada malam tersebut," kata U-Wei kepada Astro AWANI.
The Holy Archipelago dari Rusia yang diarahkan oleh Sergei Debizhev telah diumumkan sebagai pemenang filem dokumentari terbaik pada festival tersebut.
Pemilihan U-Wei sebagai Ketua Juri di festival filem peringkat antarabangsa merupakan satu penghormatan kepada dunia perfileman negara.
Filem Kaki Bakar arahan U-Wei yang dihasil berdasarkan novel Barn Burning karya penulis Amerika Syarikat, William Faulkner merupakan filem pertama dari Malaysia yang diundang ke Festival Filem Cannes.
Selepas Kaki Bakar, filem arahannya, Sepohon Rambutan Indah Kepunyaan Ku Di Tanjung Rambutan turut diundang untuk The Directors' Fortnight di festival filem yang sama pada 2006.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Ada Pengarah Suruh Saya Cari Kekasih Lelaki Melayu Supaya Dapat Berlatih ...." - Nina Kho”

gempak
18/09/2024
02:55 MYT
Pelakon Nina Kho mengakui masih banyak perlu diperbaiki sebagai seorang pelakon terutamanya memperbaiki komunikasi dalam bahasa Melayu.
Hiburan

“Rasanya Dia Lagi Fasih Daripada Saya” - Zahirah Macwilson Akui Penting Anak Tahu Bahasa Melayu

gempak
14/09/2024
08:55 MYT
Pelakon, Zahirah Macwilson akui berasa kagum melihat anak sulungnya, Isaac Raees bertutur dalam bahasa Melayu dengan lancar.
Laman Utama

“Bangga Ke Tak Boleh Cakap Melayu?” - Ryzal Ibrahim Beri Teguran, Tolong Malu Dan Sedar Diri!

gempak
10/12/2023
00:55 MYT
Ryzal kata Bahasa Melayu tu penting!
Artis Korea

Ryzal Ibrahim Mahu Anak Fasih Bahasa Ibunda - “Saya Utamakan Melayu Dulu Baru Korea”

gempak
08/12/2023
09:55 MYT
Bagusnya Ryzal dan Maryam ni.
Laman Utama

“Kami Belajar Di Singapura Sejak Kecil” - Wanita Ini Rasa 'Dihina' Kerana Diminta Cakap Melayu Ketika Renew Passport

gempak
30/11/2023
23:55 MYT
Kejadian katanya berlaku di UTC di Johor