,
Laman Utama

"Ustaz Tahu Tak Sakit Dirodok 'Di Bawah' Macam Mana?" - Masih Isu Suami Dayus, Ustazah Afifah Bidas Ustaz Azhar Idrus

Amri Hassan
11/11/2022
06:25 MYT
Isu suami dayus biarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki masih hangat diperkatakan.
Selepas tular video penceramah bebas yang meluahkan rasa kurang senang terhadap golongan lelaki membiarkan aurat isteri terdedah, pendakwah popular Ustaz Azhar Idrus (UAI) menjawab kekeliruan terbabit.
Kata Azhar Idrus, dalam keadaan darurat, sesiapa pun tidak lagi dapat membuat pilihan.
"Keadaan darurat itu membolehkan apa yang tidak boleh. Jadi, jika isteri hendak bersalin, mesti bersalin dengan doktor perempuan.
"Tetapi jika tiada doktor perempuan dan yang ada doktor lelaki sedangkan bersalin itu kritikal kerana berkaitan dengan dua nyawa iaitu nyawa ibu dan anak dalam kandungan. Oleh kerana tiada doktor perempuan, (bersalin dengan) doktor lelaki pun tidak berdosa," jelasnya.
Hal itu bagaimanapun menarik semula perhatian Ustazah Afifah yang menyelar kenyataan Azhar Idrus.
"Minta maaf Ustaz Azhar Idrus. Saya seorang wanita yang mengalami pengalaman mengandung dan beranak. Ini masalah wanita tau ustaz! Masalah wanita!
"Yang meletakkan hukum dayus, tanda-tanda lelaki dayus adalah Allah Taala. Jadi, apa saya nak cakap dekat ustaz.. mungkin terlepas pandang.
"Saya nak tanya sebagai ustaz apa komen bila dengar seorang doktor pelatih berkongsi pengalaman mereka menyambut wanita bersalin. Ustaz pernah ke duduk di tempat wanita bersalin?
"Ustaz pernah ke rasa sakit beranak? Ya betul ustaz ada isteri. Tapi, pernah tak ustaz menjadi wanita yang beranak," tegasnya.
Pada masa sama, Afifah mempersoalkan langkah Azhar Idrus dalam usaha mempertahankan maruah wanita ketika bersalin.
"Apa tindakan ustaz sebagai ulama melihat doktor membuat kajian kepada wanita dengan menyeluk, main-main dekat dalam (kemaluan) dan sebagainya.
"Apa ustaz perjuangkan selama ini? Tidakkah berasa ini sebagai tanggungjawab ulama dan ustaz? Mana jiwa kamu? Ini pasal maruah wanita. Jangan mudah nak halal haram.
"Apa usaha ustaz nak mempertahankan maruah wanita apabila suaminya di luar kemampuan? Apa usaha ustaz yang mempunyai pengikut ramai sampaikan kepada kerajaan bahawa wanita-wanita tidak reda dijadikan bahan kaji.
"Ustaz tau tak sakit dirodok di bawah (kemaluan) macam mana? Bukan seorang atau dua (doktor) yang masuk (kemaluan). Itu belum lagi tangan bukan Muslim. Tangan lelaki tau tak macam mana?" tambahnya.
@m_hafizek Replying to @s_yqjs ♬ original sound - MR H A F I Z E K
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar