,
Laman Utama

Ustaz Kazim Tarik Diri Calon BN Parlimen Larut Untuk PRU15

Mya Amri
02/11/2022
03:22 MYT
Penceramah bebas, Ustaz Kazim menarik diri daripada bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Larut.
Ustaz Kazim atau nama sebenarnya Datuk Mohd Kazim Elias dikatakan memaklumkan sendiri perkara itu kepada UMNO Perak pagi ini.
Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan perkara itu ketika mengumumkan calon-calon BN di sini, hari ini.
Beliau turut mengumumkan pengganti Ustaz Kazim ialah Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud. Punca sebenar penarikan diri Mohd Kazim tidak diketahui.
Bagaimanapun, ia berkaitan dengan pencalonan abangnya, Kapten (B) Datuk Mohd Najmuddin Elias di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kurau, mewakili Perikatan Nasional (PN).
DUN Batu Kurau adalah salah satu daripada tiga DUN yang terletak di dalam Parlimen Larut. Dua lagi ialah Selama dan Kubu Gajah.
Semalam, pencalonan Ustaz Kazim diumumkan sendiri Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pengumuman Bakal Calon Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Pemilihan tokoh agama itu berdasarkan populariti dan pengaruhnya di negeri Perak dan sesuai untuk berdepan calon PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin di Larut.
AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Isu Ustaz Don Direhatkan, Ustaz Kazim Minta Orang Ramai Berhenti Mengkritik- “Jangan Hentam Macam Dia Tak Pernah Buat Baik”

gempak
08/06/2024
06:55 MYT
Pendakwah selebriti, Ustaz Datuk Ustaz Kazim Elias menyifatkan tindakan merehatkan Ustaz Don daripada muncul di kaca televisyen sebagai satu kerugian besar.
Laman Utama

“Gelaran 'Penyondol’ Trend Membimbangkan, Istilah Tidak Sesuai” - Ustaz Kazim

gempak
07/05/2023
08:50 MYT
Ustaz Kazim kata istilah itu tidak sesuai.
Laman Utama

Dituduh Jadi Penghasut PN, Aeril Zafrel Bakal Saman 6 Individu Yang Sebar Fitnah

gempak
04/02/2023
04:00 MYT
Aeril ambil tindakan
Laman Utama

[VIDEO] YB Rara Angkat Sumpah Di Parlimen, Netizen Puji Cantik; “Ini YB Ke Pramugari?”

gempak
20/12/2022
01:00 MYT
Manis je muka YB Rara
Laman Utama

8 Bulan Penganjur Tunda Konsert Dimash Qudaibergen Live In Malaysia Kerana PRU15! Umum 24 Jun 2023 Tarikh Baharu

gempak
04/12/2022
14:53 MYT
konsert Dimash Quidaibergen Live di Malaysia akan berlangsung 24 Jun 2023 di lokasi sama, Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur.