Viral

Ustaz Hadhari Kongsi Hikmah Perkahwinan & Perkara Yang Mengharamkan Individu Bernikah - “Anda Kena Selidik Betul-Betul…”

gempak
Asyikin Mayudin
10/12/2024
12:55 MYT
Sponsor Banner
Ustaz Hadhari Kongsi Hikmah Perkahwinan & Perkara Yang Mengharamkan Individu Bernikah - “Anda Kena Selidik Betul-Betul…”
Sejak akhir-akhirnya banyak berita mengenai wanita yang menjadi mengsa keganasan rumah tangga terutama bekas model, Zahnita Wilson yang baru-baru ini membuat pendedahan mengenai dirinya.

Hikmah perkahwinan

Personaliti radio Zayan iaitu Ustaz Tajdid Hadhari atau mesra dikenali sebagai Ustaz Bola menerusi video di TikTok berkongsi mengenai hikmah disebalik perkahwinan.
Menerusi perkongsian itu, Ustaz Hadhari memberitahu terdapat perkara yang mengharamkan seseorang itu untuk bernikah termasuklah mereka yang berfikiran mahu melakukan kezaliman terhadap pasangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Zahnita Wilson Direman Kes Keganasan Rumah Tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Zahnita Bakal Fail Cerai, Bukan Mudah Berdepan Dengan Orang Narsistik - “Memang Susah Nak Lari…”

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Foto Mata Lebam, Zahnita Jadi Mangsa Penderaan? - “Ini Sebab Saya Tinggalkan…”

“Sejak akhir-akhirnya banyak kes begini (isteri didera). Sebenarnya hikmah perkahwinan itu sangat indah, Allah nyatakan dalam surah Az-Zariyat, ayat yang ke-49.

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan (kebesaran Allah). Jadi sebenarnya hikmah perkahwinan itu sangat cantik tapi kadang-kadang tidak layak bagi dirinya.

“Iaitu kalau kita sebutkan haram bagi dirinya. Antara perkara yang mengharamkan seseorang itu bernikah, termasuklah kepada lelaki itu ialah mereka ini tak mampu menunaikan nafkah zahir dan batin.
“Kedua, kalau mereka ini dinyatakan berfikir akan melakukan kezaliman kepada pasangannya, ini termasuklah mendera, menyakiti dan sebagainya,” kongsinya.

Nasihat untuk wanita & wali

Bukan itu sahaja, golongan lelaki yang takut akan berpoligami dan tidak mampu untuk berlaku adil juga tidak layak untuk bernikah.

“Ketiga mereka yang takut kalau berpoligami, nanti mereka tidak akan adil. Ini juga haram bagi mereka untuk bernikah. Saya nak highlight ini kepada mereka yang zalim nilai baik-baik pasangan anda sebelum bernikah.

“Ini kita nasihat kepada para wanita dan kepada wali yang nak nikahkan anak perempuannya, anda kena selidik betul-betul adakah bakal suami kepada anak anda itu mampu untuk tunaikan nafkah dan paling penting, tidak akan berlaku zalim kepada anak anda.
“Ini belum cerita bimbangan agama ya, mudah-mudahan kita berfikir panjang dan secerdik-cerdiknya menggunakan akal selepas ini,” ujarnya.
Terdahulu, Zahnita akhirnya dapat menarik nafas lega apabila polis menahan suaminya bagi membantu siasatan selepas pendedahan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
@ustazbola KES ISTERI DIDERA | Siapakah lelaki yang diharamkan bernikah? #ustazbola #isterididera #suamidayus #fyp #fypシ゚ ♬ emotional sad background(1383128) - MaxRecStudio
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024