,
Laman Utama

Usia Cecah 80 Tahun, Amitabh Bachchan Selamba Buat Adegan Aksi Sendiri

Maliah Surip
29/03/2022
13:47 MYT
Pesohor dunia Bollywood, Amitabh Bachchan membuktikan cinta terhadap bidang seni tidak pernah surut biar usia mencecah 80 tahun pada Oktober ini apabila masih mahu melakukan adegan stunt sendiri.
Beliau mengejutkan kru penggambaran sebuah iklan komersial apabila menolak untuk menggunakan stuntmen yang telah disediakan produksi untuk babak aksi.
Namun, Amitabh memberitahu pengarah, Amit Sharma, beliau akan melakukan adegan aksi tersebut sendiri tanpa menggunakan khidmat orang lain atau stuntmen.
Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Aksi, Manohar Verma kepada ETimes.
“Kami telah menyediakan stuntmen untuk babak aksi memecahkan cermin, namun beliau mahu melakukannya sendiri.
“Tentulah pihak kami mengambil banyak langkah berjaga jaga juga kerana beliau benar benar mahu melakukannya sendiri.
“Tindakan Tuan Bachchan membuatkan betapa profesionalnya beliau dalam pekerjaan dan menjadikan simbolik usia 80 tahun hanyalah angka,” ujarnya seperti dilaporkan Hindustan Times.
Bachchan malah ikut berkongsikan sedutan dari aksinya memecahkan cermin dalam kemas kini terbaharu di Instagramnya.
“Selepas 53 tahun dan berusia 80 tahun, ada perkara yang tidak pernah berubah. Aksi,” tulisnya.
Untuk rekod, beliau akan muncul dengan sebuah naskhah milik Ajay Devgn selepas filem Jhund lakonannya dirilis pada awal Mac lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Bintang Terkenal Bollywood, Deepika Padukone & Ranveer Singh Selamat Sambut Cahaya Mata Pertama

gempak
08/09/2024
13:03 MYT
Pelakon terkenal Bollywood, Deepika Padukone selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Ahad.
Bollywood

Salman Khan Cedera, Sahkan Patah Dua Tulang Rusuk

gempak
06/09/2024
11:25 MYT
Aktor Salman Khan mendedahkan dirinya mengalami kecederaan sewaktu menjalani penggambaran filem terkini, Sikandar.
Bollywood

Preity Zinta Dedah Gagal Rawatan IVF Punca Guna Kaedah Ibu Tumpang

gempak
04/09/2024
14:50 MYT
Aktres Preity Zinta dan, Gene Goodenough, diketahui memiliki anak kembar Jai dan Gia yang lahir pada November 2021.
Bollywood

Didakwa Palsukan Kehamilan, Deepika Padukone Tayang Perut Memboyot

gempak
03/09/2024
02:55 MYT
Aktres Deepika Padukone sempat menerima kritikan dan didakwa palsukan berita kehamilan dan perut ‘buncit’nya selepas mendedahkan sedang hamil anak pertama bersama Ranveer.
Bollywood

Selain KL, Udit Narayan Akan Turun Pulau Pinang 28 November Ini

gempak
02/09/2024
15:51 MYT
Udit Narayan merupakan penyanyi Bollywood yang terkenal dengan suara latarnya kepada industri muzik Bollywood dan termasuk juga beberapa bahasa lain seperti Tamil, Bengali, Telugu, dan Kannada, bakal membuat kemunculannya di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 28hb November 2024.