,
Viral

Usahawan Rugi RM2 Juta, Kena 'Tikam' Kawan Baik! - "Saya Murung, Susut 20Kg, Hampir Bunuh Diri Sebab Stress"

Amri Hassan
23/03/2024
05:36 MYT
Kawan baik orang yang kita paling percaya, tapi kawan baik juga orang yang mudah mengambil kesempatan apabila kita leka dan 'terlebih percaya'.
Itu yang terjadi kepada usahawan wanita, Ezan Ithnin yang hampir membunuh diri akibat tertekan ditipu oleh rakan baik sendiri.
Cerita Ezan, dia kerugian RM2 juta akibat dikhianati oleh rakan baiknya sendiri.

BERITA TRENDING: "Dikhianati Orang Yang Dipercayai Memang Menyakitkan" - Ustazah Asma' Harun

“Kisah ini berlaku tahun lalu. Saya mempunyai beberapa orang kawan baik yang juga rakan kongsi dalam bisnes construction.
“Nama pun kawan baik. Jadi segala-galanya dikongsi bersama. Ini kerana dalam berkawan saya niat ikhlas kerana Allah, ingin sama-sama berjaya.
“Tapi itulah, buat baik belum tentu dibalas baik. Bukanlah saya mengharapkan balasan dalam berkawan, tapi janganlah mengkhianati saya sehingga membuatkan saya jatuh terduduk dengan kerugian keseluruhan sebanyak RM2 juta.
“Jumlah ini merujuk kepada beberapa kali saya ditipu oleh kawan baik yang berlainan. Rasa kecewa, terkilan dan saya hampir mahu bunuh diri kerana terlalu stres," katanya.

PILIHAN PEMBACA: "Orang Melayu Suka Dengki, Rasa Diri Betul" - Fathia Latiff

BERITA TRENDING: Beras Ditabur Depan Kedai, Rita Kesal Ada Yang Dengki Sampaikan Orang Tak Jumpa Kedainya. “Bersainglah Secara Sihat...”

Hal itu juga menyebabkannya susut berat badan dan menjadi murung akibat terlalu tertekan.
“Saya jadi murung, kepala berpusing-pusing dan berat badan susut sebanyak 20 kilogram. Dalam masa yang sama, kerap kali ada suara berbisik kepada saya agar terjun dari bangunan pejabat yang tinggi untuk hilang stres.
"Saya mengucap panjang. Alhamdulillah, Allah gerakkan hati saya untuk tidak melakukan dosa besar itu,” luahnya yang hampir terjun dari sebuah bangunan tinggi sekitar Kuala Lumpur.

BERITA TRENDING: Betul Ke Dalam Berniaga; Yang Paling Ditakuti Bukan Rugi, Tapi DENGKI? Kenapa Menidakkan Rezeki Tuhan?

Kisah Ezan yang juga usahawan teknologi baharu dan pelancongan itu sekadar untuk berkongsi dengan masyarakat dan mendidik orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan individu sekeliling.
“Saya yakin, apa yang berlaku kepada saya juga terjadi kepada masyarakat di luar sana. Tidak kiralah apa bidang atau situasi sekalipun, berhati-hatilah dalam berkawan.
“Kesilapan saya adalah terlalu mempercayai orang lain dan mudah ‘diperbodohkan’ sehingga akhirnya diri sendiri merana. Komitmen yang diberikan hanya sia-sia, emosi terganggu ditambah pula dengan kemurungan dan duit lesap RM2 juta, itu sahaja ‘faedah’ yang saya dapat hasil mempercayai kawan baik.
“Iya, kadang-kadang semua ini di luar kawalan kita. Kita bukannya tahu kalau kawan baik ada hati busuk atau berniat jahat. Di hadapan bukan main baik dan seolah-olah dialah yang paling prihatin, rupa-rupanya dialah yang menunggu masa mahu lihat kita jatuh.
“Tipulah kalau saya cakap tak pernah rasa nak putus asa. Tapi saya percaya Allah telah mengaturkan yang terbaik buat hamba-hambaNya.
“Apa yang berlaku jadikan pengajaran agar tidak berulang lagi,” ujarnya.
Dek pengalaman pahit itu juga membuatkannya fobia dan sukar untuk mempercayai orang lain dan punyai kawan baharu.
“Ada yang cakap saya ni ‘kera sumbang’ atau anti sosial kerana kurang bergaul. Saya dah tak kisah apa tanggapan orang, kerana pengakhirannya nanti saya juga yang merana. Cukup-cukuplah kena tipu,” tambahnya.
Berbekalkan semangat baharu, Ezan menerusi syarikatnya MYG Group Holding Sdn Bhd, kini sedang aktif mengusahakan bisnes berkaitan teknologi, produk pelancongan dan teknologi dalam pendidikan yang memberi manfaat kepada masyarakat.
“Insya Allah, dalam masa terdekat syarikat saya akan merasmikan produk-produk kami di Malaysia.
“Selain bisnes, saya seronok kerana produk-produk yang kami bawa boleh beri faedah kepada kita semua dalam kehidupan seharian.
“Manusia yang paling baik adalah manusia yang bermanfaat kepada orang lain. Semoga dengan niat baik ini, saya akan terus dimurahkan rezeki dan dikelilingi oleh insan-insan yang baik,” tambahnya lagi.\

PILIHAN PEMBACA: Penaja Tarik Diri, Karl Shafek Tanggung Hutang RM500,000! - "Silap Saya Percaya Melayu Dengan Melayu"

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Watak 'Cik Timah' Hanya Untuk Show, Dee 'Jangan Ketawa' Masih Kencang Terima Job Puluhan Ribu Ringgit - "Di Luar Saya Tak Berpakaian Wanita"

gempak
23/11/2024
06:55 MYT
Pelakon,pengacara dan pelawak popular Dee atau nama sebenarnya Syed Muradzi Syed Shamsul memberitahu, dia akan bertukar watak 'Cik Timah' atau watak perempuan hanya ketika menerima tawaran persembahan.
Unitar