,
Laman Utama

Usahawan Berhabis Banyak Duit, Masih Relevankah Ambil Selebriti Untuk Pelaris Produk?

Amri Hassan
06/02/2023
07:35 MYT
Penggunaan golongan selebriti termasuk artis sebagai tarikan dan pelaris pemasaran hanyalah berkesan jika tahu perancangan yang tepat berdasarkan pengetahuan ilmu perniagaan.

Bina kepercayaan pembeli dengan produk dulu!

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd berkata asas pemasaran ialah apabila pengguna sedar dan tahu mengenai kewujudan sesebuah perniagaan yang mampu menarik perhatian mereka.
"Paling penting ialah orang nampak, percaya dan suka dengan produk kita, kemudian baru mampu membuatkan mereka membeli.
"Saya juga percaya usahawan perlu ada ilmu berkaitan perniagaan yang memambantu mereka merencana pemasaran dengan lebih baik dan mencapai sasaran," katanya dalam sidang media sempena program Nak Ubah Hidup 2023 (NUH2023) anjuran RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks) yang berlangsung di Setia City Convention Centre Shah Alam baru-baru ini.
Radz berkata, golongan selebriti ialah satu daripada kaedah pemasaran yang boleh digunakan namun pada masa yang sama apa yang lebih penting ialah memastikan usahawan faham cara untuk mencapai objektif yang diinginkan.
"Seperti saya katakan tadi, selebriti adalah satu daripada kaedah yang boleh digunakan, tetapi ada cara lain yang juga efektik dalam pemasaran. Apa yang penting kena ada pengetahuan serta ilmu mengenai perniagaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan mengenai terdapat usahawan yang melahirkan rasa kecewa apabila melaburkan duit hingga ratusan ribu ringgit pada golongan selebriti untuk tujuan promosi pemasaran namun gagal serta tidak memberikan impak.

Golongan muda makin agresif

Terdahulu, Radz berkata lebih 6,000 orang menyertai program NUH2023 selama tiga hari yang merupakan inisiatif mentor usahawan terkenal, Datuk Dr Azizan Osman dalam membantu orang ramai terutama bangsa usahawan dalam dan luar negara pada permulaan tahun 2023.
“Kami sendiri gembira dengan bilangan yang hadir selepas program ini diadakan semula pasca pandemik. Ia satu isyarat yang sangat baik di mana semua pihak bersemangat untuk menaik taraf hidup masing-masing selepas kita diuji dengan pandemik Covid-19.
"Paling menarik 70 peratus mereka yang hadir ialah golongan berumur 30 tahun ke bawah iaitu golongan muda yang bersemangat tinggi dan agresif untuk mengubah nasib mereka," katanya.
Tambah Radz, peserta-peserta NUH akan diberi reset fokus diri agar mereka lebih jelas terhadap potensi dan kemampuan diri. Mereka kemudian kenal pasti matlamat hidup dan halangan kejayaan seseorang dalam ubah hidup.
“Misi Dr. Azizan dan RichWorks adalah untuk memberi manfaat kepada orang ramai melalui ilmu dan panduan yang telah terbukti membantu ramai orang sejak RichWorks ditubuhkan pada 2008,” katanya.
Beliau berkata RichWorks juga bersedia untuk bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan mahupun kerajaan negeri dalam usaha memperkasakan bangsa usahawan di seluruh negara pada 2023 yang dijangka lebih mencabar, kata Radz.
RichWorks juga dipilih menjalin kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk menjalankan program latihan keusahawanan.
RichWorks turut menjalin kerjasama dengan Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia dalam melatih dan membimbing bangsa usahawan dan bakal usahawan secara online mahupun program secara bersemuka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.