,
Laman Utama

Usaha Dapatkan Anak Kedua, Misha Omar Jalani Rawatan Kesuburan

Fiza Kamarudin
19/06/2021
16:38 MYT
Penyanyi Misha Omar mengakui sedang menjalani rawatan kesuburan di sebuah pusat perubatan dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua.
Misha menerusi perkongsian di Instagram(IG)nya berkata, dia sudahpun memulakan langkah pertama dengan membuat ujian hormon Anti-Mullerian (AMH) bagi mengetahui tahap keseuburanya sebelum meneruskan rawatan yang sesuai.
Misha turut menggunakan tanda pagar #menjejakkhadeja dalam usahanya untuk mendapatkan anak perempuan.
Dalam masa sama, Misha mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan kata-kata positif dan menitip doa buatnya.
Tambah Misha lagi, dia akan turut berkongsi ilmu dan tips kesuburan wanita sepanjang proses rawatannya itu.
“Assalamualaikum, kawan-kawan Kak Mitch yang sangat baik hati. Terima kasih kerana kalian sangat bermurah hati memberikan perhatian, respon yang sangat baik dan positif melalui kata-kata titipan doa buat kak Mitch berkenaan #menjejakkhadeja.
“Di setiap proses yang kak Mitch jalani, kak Mitch akan share juga knowledge yang Kak Mitch dapat dengan korang…
“Semoga doa kalian akan mengiringi kak Mitch..boleh juga dijadikan inspirasi bagi yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat atau ‘trying to conceive (TTC),” katanya.
Menerusi sebuah perkongsian, Misha turut menasihati para wanita supaya tidak patah semangat dan sentiasa mencari ikhtiar untuk mendapatkan rawatan.
“Jangan patah semangat. Kena bergerak, kena keluar rumah pergi jumpa pakar sakit puan. Insya-Allah akan banyaklah jalan nanti.
“Sebab kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Kita boleh terus berikhtiar selagi kita terdaya, jangan putus asa,” katanya ketika sesi perkongsian bersama Konsultan Obstetrik dan Ginekologi, UKM Specialist Centre, Dr. Muhammad Azrai Abu.
Dalam pada itu Misha menolak dakwaan tanda pagar #menjejakkhadeja ada kaitan dengan nama bakal anak keduanya nanti.
"Kenapa Khadeja? Sebab saya berharap dan berdoa mudah-mudahan cahaya mata yang akan Allah anugerahkan adalah bayi perempuan.
"Tapi kalau nanti dikurniakan bayi lelaki pun tak apa. Orang kata permulaan ini yang akan menyempurnakan perjalanan itu,” katanya.
Misha mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Firros Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014 dan dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Idris Ezzwa, 5.
Misha juga mempunyai seorang anak angkat lelaki bernama Muhammad Adam Emir, 15 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Hiburan

Afdlin Shauki Tak Masuk Campur Karier Seni Anak - “Dia Mahu Naikkan Nama Sendiri Tanpa Bantuan Saya”

gempak
17/09/2024
13:55 MYT
Pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki akui tidak banyak masuk campur dalam perihal karier seni anak nya, Mia Sara meskipun baru-baru ini Mia turut serta membintangi filem arahannya, Baik Punya Ah Long.