gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Hael Husaini Usap Dagu Dayang Nurfaizah Sebab…
VIRAL
Kenyataan 'saiz Seluar Lelaki Lebih 33 Inci' Bukan Niat 'Body Shaming' - Menteri
HIBURAN
“Pernah Ada Anak Dara Nak Sondol Suami Saya” – Shahida Imbau Semula Detik Awal Perkahwinan Bersama Aliff Syukri
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Uqasha Masih Trauma, Roslan Shah Kongsi Keadaan Kamal Adli Selepas Dibedah - “Kepala Dia Sudah Dijahit…”

gempak
Asyikin Mayudin
13/03/2023
04:45 MYT
Sponsor Banner
Uqasha Masih Trauma, Roslan Shah Kongsi Keadaan Kamal Adli Selepas Dibedah - “Kepala Dia Sudah Dijahit…”
Pengacara Roslan Shah memaklumkan pelakon Uqasha Senrose masih trauma dengan kejadian suaminya iaitu aktor Kamal Adli diserang oleh individu tidak dikenali pada malam Ahad.
Menerusi Live di laman sosial, Roslan atau lebih mesra disapa sebagai Ciklan turut mendedahkan individu itu sempat membuat ugutan kepada pekerja Kamal selepas kejadian tersebut.
“Saya tak tahu kejadian itu sebab berada di luar. Uqasha masih dalam keadaan trauma. Yang buat itu warga Singapura, orang Melayu kita. Dia sempat buat ugutan kepada staf Kamal.
“Dia cakap ‘korang jaga’… depan polis dia cakap itu dekat staf Kamal yang tunggu dekat bawah. Kita tak tahu apa cerita, jangan buat spekulasi. Kena tunggu siasatan dan laporan pihak polis.
“Saya bawa artis yang berniaga, Fauziah Latif, Datin Rebecca, Kamal dan Uqasha. Jadi, saya kena bertanggungjawab la menjaga mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Roslan turut berkongsi keadaan Kamal yang sudah selesai menjalani pembedahan di bahagian kepala yang mengalami cedera parah akibat dipukul menggunakan cota.
“Alhamdulillah, Kamal dah buat pembedahan dan dia pun dah sedar, keadaan dia okay. Luka dia agak dalam. Kepala dia sudah dijahit… sebelum nak bedah tu, kena tidurkan.
“Saya buat kenyataan ini sebab ramai yang tanya keadaan Kamal antaranya media. Saya tak dapat nak jawab sebab penat dan tak cukup tidur.
“Semalam saya menangis, sebab darah banyak. Saya sebak. saya bawa dia dekat Singapura ini untuk berniaga. Ini kali pertama insiden seperti ini jadi,” ujarnya.
Terdahulu, Uqasha memaklumkan mengenai suaminya, pelakon Kamal Adli mengalami kecederaan parah selepas diserang oleh individu tidak dikenali, di acara di Singapura pada malam Ahad.
Uqasha turut berkongsi satu tangkap layar mesej yang pernah diterima daripada lelaki berkenaan sebelum ini mengugut untuk membunuh Kamal.
BACA: Uqasha Dakwa Pernah Terima Mesej Ugut Bunuh Dari Individu Pukul Kamal - "Aku Mesti Seksa Dia Habis-Habisan"
BACA: [VIDEO] Tya Ariffin Menggigil Nampak Kamal Adli Dipukul Guna Cota - “Mesti Perasaan Uqasha Hancur Tengok Suami”
Topic Berkaitan
#Uqasha Senrose
#Kamal Adli
#Roslan Shah
#Kamal
#Uqasha
#Roslan
#Kamal dipukul
#Uqasha Kamal
#Kepala Kamal berjahit
#Uqasha trauma
Must-Watch Video