,
Laman Utama

Uqasha Beri Sebab Kenapa Dia Bersetuju Untuk Jayakan Babak Berkemban, Peluk Amerul Affendi Dalam Sumpahan Jerunei

Izwan Isa
20/07/2023
00:50 MYT
Pelakon Uqasha Senrose bakal kembali ke layar lebar menerusi filem terbaharu berjudul Sumpahan Jerunei. Menerusi filem bergenre seram tersebut, Uqasha membawakan watak Bee, seorang pegawai pemeliharaan warisan yang meminati perkara mistik.
Sungguhpun begitu, ada dua babak dalam filem berkenaan yang memerlukan Uqasha untuk beraksi sedikit daring - berkemban dan juga memeluk rakan pelakonnya, Amerul Affendi.
Aktres yang juga isteri kepada pelakon Kamal Adli itu berkata, adegan daring yang dilakonkan dalam naskhah arahan Jason Chong itu adalah sekadar memenuhi tuntutan watak, plot dan skrip semata-mata.
“Kalau nak tahu, kedua-dua babak tersebut dilakonkan mengikut skrip yang diberi, selain keperluan jalan cerita dan plot. Boleh dikatakan, ia mencantikkan lagi flow cerita ini. Lagipun, ketika itu saya masih solo dan belum mendirikan rumah tangga.
“Saya dalam fasa berkawan dengan Kamal. Jadi, saya tiada komitmen dengan sesiapa. Saya pula memang tidak boleh dicabar dan nak cuba lakonkan semua adegan sendiri. Tapi apa pun, saya masih menjaga batas,” katanya kepada Gempak.
Uqasha berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Sumpahan Jerunei yang diadakan di ibu kota baru-baru ini.
Sungguhpun pernah berlakon dalam filem seram sebelum ini, namun, menurut Uqasha, filem Sumpahan Jerunei memberikan pengalaman berbeza dan paling mencabar buatnya setakat ini.
“Kalau nak diikutkan, setiap babak dalam filem ini susah bagi saya. Antara babak yang saya rasa sangat mencabar adalah ketika saya diikat dan naik ke atas pokok.
“Saya juga perlu menjayakan babak dalam sungai.. Tapi sungai itu tak bersih, macam-macam benda ada dalam air, termasuk sisa kumbahan daripada kampung berkenaan,” katanya lagi.
Ditanya adakah dia dan rakan pelakon lain ada diganggu perkara-perkara mistik ketika menjalani penggambaran, Uqasha berkata: “Alhamdulillah, kami aman ketika menjalani penggambaran di sana,” katanya menutup bicara.
Menerusi filem Sumpahan Jerunei, Uqasha bergandingan dengan barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Amerul Affendi, Syafie Naswip, Tony Eusoff, Daiyan Trisha, Yuyun Hikmah dan ramai lagi.
Sumpahan Jerunei akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Julai depan.
BACA: "Kena Ikat Dalam Air, Mandi Air Sungai Tempat Buangan Najis" - Uqasha Senrose Kongsi Cabaran Berlakon Sumpahan Jerunei
BACA: “Saya Pernah Keguguran… Maksudnya Bukan Tak Boleh Hamil!” - Uqasha Senrose Tidak Terkesan Dengan Sindirian Soal Zuriat​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Raysha Rizrose Tayang ‘Baby Bump’, Kini Hamil Cahaya Mata Pertama - “Kami, 11 Tahun Kemudian…”

gempak
07/09/2024
10:25 MYT
Pelakon Raysha Rizrose berkongsi berita gembira mengenai dirinya kini sedang hamil cahaya mata pertama selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Uqasha Senrose Tak ‘Claim’ Diri Baik, Minta Bukti Tuduhan Melampau - “Sampai Fitnah Aku Kaki Pukul, Penumbuk Semua…”

gempak
27/08/2024
01:44 MYT
Pelakon Uqasha Senrose memberitahu dia tidak pernah meletakkan dirinya sebagai seorang yang baik dan lemah lembut namun ia hanyalah pandangan orang ramai terhadapnya.
Hiburan

Uqasha Senrose Dakwa Pembantu Peribadi Berperangai ‘Buruk’ - “Main Pakai Baju Tidur Orang Sesuka Hati?”

gempak
26/08/2024
06:54 MYT
Pelakon Uqasha Senrose tampil mendedahkan perangai sebenar bekas pembantu peribadinya yang didakwa membuat laporan polis terhadapnya atas tuduhan memukul.
Hiburan

Laporan Polis Dakwa Artis Pukul Pembantu Peribadi Tular

gempak
25/08/2024
12:55 MYT
Laporan polis yang mendakwa seorang pelakon wanita memukul pembantu peribadi baru-baru ini, tular di laman sosial.
Hiburan

#GTheUntoldStory: Hawra Uqaira, Penyeri Hidup Kamal & Uqasha

gempak
06/07/2024
03:55 MYT
Selami perasaan Uqasha dan Kamal mengenai Hawra Uqaira, cabaran bergelar ibu dan bapa dan perancangan karier pada masa depan.