,
Hiburan

"Untuk Gambar Ni Saja Off Comment.." - Kongsi Foto Anak Mengaji Al-Quran, Ozlynn Elak Terima Pujian Atau Sindiran

Zulaikha Yusof
11/07/2019
03:27 MYT
Pelakon Ozlynn telah berkongsi foto anaknya, Ariq dan Moleiq sedang mengaji Al-Quran bersama.
Namun, Ozlynn bertindak menutup ruangan komen untuk foto tersebut kerana tidak ingin menerima pujian atau sindiran.
Menurut Ozlynn, perkongsian itu hanya untuk memberi motivasi kepada diri dan mengubah mereka sekeluarga menjadi lebih baik.
"Hari ni abang ajar adik ngaji sekali.. Seronok dia sampai dia amik jari abang dia suruh tunjuk lagi kat Quran yang abang dia tengah baca. Cute sangat.
"Untuk gambar ni saja off comment.. Takmau dengar segala pujian, sindiran.
"Hanya nak motivate diri sendiri dan keluarga untuk jadi lebih baik.
"Pujian juga ujian. Sindiran juga ujian buat kalian. Kalau hidup penuh dengan sindiran, iri hati sampai bebila orang susah nak jadi lebih baik.
"Sebab rata-rata manusia zaman sekarang banyak menilai dari gambaran.
"Orang buat baik bukan nak sokong, ada je kata-kata nak sindir.
"Ibarat kau pergi luar negara.. kau post gambar makan lepas tu mereka tanya halal ke? Faham tak?
"Weh, takkan kita post tengah makan babi.. Manusia zaman sekarang lebih banyak gunakan media sosial untuk menindas orang lain, mengecam.
"Benda ni aku kerap nampak kat IG kawan-kawan lain.. Ada je kata-kata yang menyakitkan hati yang dilemparkan.
"Seolah dia sekeluarga sempurna... Kadang nak je cakap, pergi la pegang Al-Quran dari tuding salah orang.
"Lebih memerli dari menasihati. Doalah. Doa doa doa sama juga macam korang. Sentiasa ada dalam doa aku.
"Sebab salah satu kejayaan aku suami isteri juga berkat dari doa kalian. So aku sentiasa doa untuk orang yang mendoakan untuk keluarga kami. Allah maha mengetahui," tulisnya.
Hasil perkahwinan Ozlynn bersama penyampai radio dan pelawak Johan, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq.

Arini abg ajar adik ngaji skali.. seronok dia.. smp dia amik jari abg dia suh tunjuk lagi kt quran yg abg dia tgh baca.. cute sgt.. utk gmbr nih saja off comment.. xmo dgr segala pujian, sindiran.. hanya nak motivate diri sendiri dan keluarga utk jadi yg lebih baik.. pujian juga ujian.. sindiran juga ujian buat kalian.. kalau hidup penoh dgn sindiran, iri hati.. smp bebila org ssh nak jadi lebih baik.. sb rata2 manusia zaman skrg byk menilai dari gambaran.. org buat baik bkn nak sokong.. ada jek kata2 nak sindir.. ibarat ko pegi luar negara.. ko post gambar makan.. pastu dorg tanya halal ke?? Paham dak?? Weh xkan kita post tgh makan babi.. manusia zaman skrg lebih byk gunakan media social utk menindas org lain.. mengecam..benda nih aku kerap nampak kat ig kenkwn lain.. ada je kata2 yg menyakitkan ati yg dilemparkan.. seolah dia sekeluarga sempurna.. kdg nak je ckp, g la pegang quran dr dok tunding2 salah org.. lebih memerli dari menasihati.. doa lah.. DOA... DOA... DOA... sama juga mcm korg.. sentiasa ada dlm doa aku.. sb salah satu kejayaan aku suami isteri juga berkat dari doa kalian.. so aku sentiasa doa utk org yg mendoakan utk keluarga kami.. Allah maha mengetahui.. ? #positive

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.