,
Laman Utama

“Untuk Filem Ini Ditayangkan, Anwar Harus Diberi Peluang Memerintah”- Farid Kamil

Shahrin Zulkifle
02/03/2023
10:00 MYT

Pelakon Farid Kamil mendedahkan ketika dia menjalani penggambaran filem Anwar The Untold Story, dirinya sentiasa berdoa dan mengharapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri ke-10 kerana tidak mahu berdepan sebarang kemungkinan filem itu tidak dapat ditayangkan.

Ini kerana, ketika penggambaran filem berkenaan sedang berlangsung, dalam masa sama Anwar sedang bertanding di dalam Pilihan Raya Umum ke-15 pada November tahun lalu.

Malah, jelas Farid, dia tidak dapat menggambarkan perasaan sekiranya filem berkenaan tidak dapat ditayangkan di Malaysia.

“Sebelum buat filem tersebut, saya sentiasa berdoa. Sebab sebagai pelakon, jika filem lakonan saya tidak dapat ditayangkan di negara sendiri apalah perasaan yang saya harus harungi.

“Jadi setiap hari saya berdoa, untuk filem ini ditayangkan di Malaysia, Anwar harus diberi peluang untuk memerintah dengan menjadi Perdana Menteri.

“Sampaikan saya dinasihatkan oleh pihak produksi jangan terlalu yakin, kerana mereka sudah banyak kali dikecewakan sebagai pembikin filem.

“Bagi membawakan watak Anwar bukan sahaja saya perlu menjadi percaya pada dia tetapi saya sudah pun percaya dengan sosok Anwar sebelum saya terbang ke Indonesia bagi menjalani penggambaran,” ujarnya kepada Gempak.

Farid berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media filem Anwar The Untold Story yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.

Selain Farid, Anwar The Untold Story turut dibintangi Acha Septriasa , Hasnol Rahmat dan ramai lagi.

Filem arahan Viva Westi itu bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula Mei depan.

Sinopsis:

Anwar The Untold Story berkisarkan mengenai jatuh bangun perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam politik terutama melawan rasuah. Filem diusahakan sejak Ogos 2011 ini siap dan kini bersedia untuk ditayangkan. Set masa filem ini ialah dari tahun 1993 hingga September 1998, iaitu ketika Anwar mula menjawat jawatan Menteri Kewangan sehinggalah dipecat.

Diolah dari kisah benar, alur ceritanya adalah mengenai sikap Anwar yang tegas dan konsisten menolak berbagai jenis imbuhan dan wang tunai dari pihak tertentu.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Peminat Masih Suka Versi Asal 'Sampai Menutup Mata' Acha Septriasa, Nyanyian Mahalini Tak Cukup Rasa? - "Aku Lelaki Pun Boleh Nangis"

gempak
09/09/2024
06:55 MYT
Mahalini telah merakamkan kembali lagu Sampai Menutup Mata yang pernah dipopularkan oleh penyanyi dan pelakon, Acha Septriasa bagi runut bunyi filem Heart.
Hiburan

PMX Kagum Dengar Kehebatan Suara Emas M Nasir, Terkesan Lagu Tribute Buat Palestin

gempak
11/08/2024
08:55 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa dengan menghadiri konsert penyanyi legenda tanah air, Datuk M. Nasir 45 Tahun Cipta di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.
Filem

Berlakon Dalam Berpuluh-Puluh Filem, Ini 5 Watak Farid Kamil Yang Paling Ikonik!

gempak
18/07/2024
09:55 MYT
Lebih dua dekad menjejakkan kaki dalam dunia hiburan, nama pelakon Farid Kamil bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam industi seni tanah air.
goldmovie

#Gold: Dapat Sarung Jersi Badminton Rashid Sidek, Farid Kamil Anggap Watak Dalam Filem Satu Penghormatan Besar

gempak
15/07/2024
05:55 MYT
Memainkan watak sebagai Datuk Abdul Rashid Mohd Sidek (Rashid Sidek) menerusi filem Gold, pelakon Farid Kamil berkongsi tentang pengalaman yang tidak dapat dilupakan iaitu menyarungkan jersi badminton sebenar daripada tahun 1992 bagi menjayakan karakter tersebut.
Hiburan

A.R Rahman Bertemu Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Ini Hal Yang Dibincangkan!

gempak
10/07/2024
06:36 MYT
Meskipun jadual padat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat bertemu dengan penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman di Bangunan Parlimen, semalam.