,
Laman Utama

Universal Malaysia Bersikap Neutral Isu Palestin, Harap Orang Ramai Tak Boikot Artis

Firdaus
17/11/2023
03:55 MYT
Pengarah A&R dan Pemasaran, serta Ketua Def Jam Malaysia, Hermond Cheng menegaskan Universal Music Malaysia tidak menyokong mana-mana peperangan dan bersifat neutral dalam konflik yang berlaku di Palestin.
Menurut Hermond, hantaran yang dibuat sebelum ini oleh syarikat itu jika diteliti merupakan satu kenyataan lama dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.
“Kalau awak baca baik-baik, itu merupakan kenyataan lama. Kami bersifat neutral, kami anti peperangan, kami tak suka mana-mana peperangan, kami tak sokong peperangan, dalam muzik kami nak semua aman damai,” katanya.

BERITA TRENDING: Siti Nurhaliza Tangguh Konsert, Gantikan Persembahan Amal Demi Palestin

Dalam pada itu, Hermond juga berharap agar orang ramai tidak memboikot mana-mana artis di bawah syarikat Universal Malaysia kerana beranggapan ianya merupakan cara artis-artis mencari sumber rezeki.
“Saya rasa tak payahlah, semua orang cari rezeki, kenapa nak boikot,” katanya kepada Gempak.
Sebelum ini Universal Music Group (UMG) telah membuat satu hantaran mencela tindakan Hamas ke atas Israel dan menyifatkan kumpulan itu sebagai organisasi pengganas.
Antara artis-artis di bawah naungan Universal Malaysia adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dolla dan Dayang Nurfaizah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Menyamar Jadi Rakyat Palestin Untuk Minta Derma, Netizen Bengang Dengan Sikap Warga Asing - "Senang-Senang Je!"

gempak
10/09/2024
09:55 MYT
Di saat rakyat Palestin teruk dibedil oleh rejim Zionis di negara sendiri, ada pula sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.
Hiburan

Pengarah Filem AS, Sarah Friedland Nyatakan Sokongan Kepada Palestin Secara Terbuka Di Festival Filem Venice

gempak
09/09/2024
03:55 MYT
Friedland menyuarakan sokongannya semasa memberi ucapan selepas menerima Anugerah Luigi de Laurentiis untuk filemnya Familiar Touch di Festival Filem Venice.
Berita

“Terima Kasih Malaysia Atas Bantuan, Sokongan Diberikan” - Warga Palestin

gempak
05/09/2024
05:25 MYT
"Terima kasih kepada rakyat Malaysia atas bantuan dan sokongan yang diberikan kepada rakyat Palestin", kata Banan Salmi Ahmad Abu Ratimah, 28, ketika ditemui di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.
Sukan

Skuad Bola Sepak Palestin Training Di Kuala Lumpur - "Malaysia Ibarat Rumah Pertama Kami"

gempak
28/08/2024
09:25 MYT
Skuad bola sepak Palestin mengakui gembira dapat menjalani latihan serta mengharungi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia menentang Jordan di Malaysia.
Hiburan

Band Underground Uncure Perjuangkan Isu Palestin, Bakal Adakan Showcase Tanda Soladiriti - "Kami Ingin Gabung Kelompok Berbeza"

gempak
25/08/2024
16:04 MYT
Atas kesedaran untuk menzahirkan solidariti terhadap saudara di Palestin, maka terlahirlah karya yang bertajuk 'Palestin : Hak Yang Dinafikan' oleh band Uncure yang dianggotai oleh Taiyuddin Bakar (vokalis), Anaz (gitar), Macik (drum) dan Hakim (bass).