Hiburan
UNIMAS Bakal Jadi Saksi Pertama Konsert Jelajah Aina Abdul, Peminat Tak Sabar Nak Berimaji Sabtu Ini, - “Nanti Kena Bawa Baldi Tadah Air Mata”
Konsert Aina Abdul Imaji Tour bakal membuka tirainya di lokasi pertama iaitu di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Sabtu ini.
Rata-rata peminat sudah tidak sabar dan mula menghitung hari lebih-lebih lagi apabila penyanyi, Aina Abdul mula berkongsi video latihan sempenan dengan konsert tersebut.
Lebih menambah keterujaan peminat, apabila Aina atau nama lengkapnya, Nurul Aina Abdul Ghani menyanyikan lagu terbaharunya menerusi album Imaji Deluxe iaitu Menua menerusi sebuah hantaran di Instagram pada Isnin.
ARTIKEL BERKAITAN: Lebar Sayap Ke Indonesia, Aina Abdul Tidak Mengalah
ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”
ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul Lengkapkan IMAJI dengan Versi Deluxe, Tambah Tiga Lagu Baru
“Sempat jamming lagu menua tadi dengan @birg_claire untuk konsert saya hujung minggu ini di UNIMAS.
“Siapa yang dah dapatkan tiket jumpa di sana. Siapa belum dapatkan segera dapatkan dah hujung-hujung ni,” kata Aina menerusi ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen terdapat peminat yang bergurau dengan pelantun lagu Puas Sudah itu apabila bakal membawa baldi pada hari kejadian kerana bakal menyaksikan deraian air mata melalui deretan lagu hitsnya.
“Menghitung hari nak berimaji bersama Aina. Tak sabar,”
“Nanti kena bawa baldi tadah air mata,”
“Saya tambah tiket lagi. Saya racun kakak kali ini (menonton konsert Aina),” komen seorang pengikut.
Lebih mencuri perhatian, terdapat peminat yang sanggup membeli tiket menyaksikan konsertnya walaupun jarak perjalanan agak jauh.
“Nun jauh dari Bintulu datang ke konsert Aina nanti. Tak sabar,” tulis salah seorang pengikut.
Jarak perjalanan dari Bintulu ke Samarahan dianggarkan lebih tujuh jam sekiranya melalui darat manakala melalui udara sekitar hampir dua jam.
Konsert Aina Abdul Imaji Tour akan berlangsung di tiga lokasi berbeza iaitu UMS pada 14 Disember 2024, Zepp Kuala Lumpur (27 Disember 2024) dan Universiti Utara Malaysia (11 Januari 2025).
Untuk harga tiket bagi di UMS dan UUM bermula daripada RM100 (CAT 2), RM150 (CAT 1) dan RM180 (IMAJI Zone).
Bagi lokasi di Zepp KL pula harga tiket akan dijual bermula dengan harga RM288 sehingga RM6666 bagi VIP Box di www.ticket2u.com.my.
Peminat juga boleh membuat pembayaran dengan menggunakan sistem Buy Now Pay Later seperti Atome dan SPayLater.
Must-Watch Video