,
Laman Utama

"Uniform Sekolah Saya Dipenuhi Darah" - Pertama Kali 'Datang Bulan', Juliana Evans Menangis Diketawakan Guru Di Sekolah

Amri Hassan
01/05/2021
07:40 MYT
Isu gurauan rogol dan pemeriksaan datang bulan pelajar sekolah menjadi topik hangat yang masih diperdebatkan umum.
Hal sama turut menarik perhatian pelakon cantik Che Puan Juliana Evans yang pernah ditertawakan guru sekolahnya selepas mengaku kebocoran darah haid.
Kisah hitam itu dedah Juliana pernah membuatkannya mengalirkan air mata kerana terlalu malu.
"Sejak kebelakangan ini saya tengok di Twitter banyak diperkatakan tentang kes pelajar datang bulan.
"Saya juga pernah berhadapan pengalaman serupa apabila cikgu perempuan nak periksa jika betul kita sedang datang bulan pada ketika itu, namun mereka tidak pernah melakukannya pun.
"Cumanya saya ada cerita di mana ketika berada di Tingkatan 2, tahun pertama datang bulan. Ketika itu sedang belajar dalam kelas dan tersedar terbocor banyak di kain saya. Uniform sekolah saya dipenuhi darah.
"Jadi, kawan perempuan sekelas saya tolong lindung dengan berjalan di belakang saya sehingga ke tandas dan mereka turut membantu saya basuh baju itu.
"Baju saya basah teruk dan saya tak tahu nak buat apa. Jadi, saya telefon ibu untuk ambil saya balik sekolah awal," ceritanya.
Perkara yang dikesalkan Juliana adalah sikap tidak bertanggungjawab guru-guru wanita di sekolahnya apabila berhadapan dengan situasi sedemikian.
Malah, Juliana juga beranggapan pendidik sepatutnya lebih empati kepada situasi yang berlaku dan bukan menjadikan perkara itu sebagai bahan jenaka.
"Ketika saya duduk di bilik guru (untuk tunggu ibu ambil balik sekolah), beberapa cikgu masuk dan lalu depan saya.
"Mereka tanya kenapa saya menangis dan saya beritahu situasi yang jadi pada saya ketika itu dan nak tahu apa reaksi mereka?
"Kebanyakan daripada mereka hanya ketawakan saya. Semuanya cikgu perempuan... saya jadi takut, berseorangan dan bertambah malu," ujarnya.
Justeru, Juliana menasihatkan warga pendidik agar menjadi lebih sensitif dan peka dengan pelajar mereka terutamanya anak gadis yang pertama kali melalui pengalaman datang bulan.
"Dengan mentertawakan pelajar yang sedang mengalami perubahan pada tubuh badannya, itu bukanlah cara yang terbaik.
"Saya pun cerita dengan ibu dan dia memang sangat marah! Ibu saya datang ke sekolah pada keesokan hari dan buat aduan mengenai guru-guru terbabit. Ibu merupakan sistem sokongan terbaik saya," katanya.
Juliana mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Selangor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah, 33, pada 30 April 2017.
Hasil perkahwinan, pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang kini berusia dua tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.