,
Terkini

“Umur 7 Tahun Ke Atas Dah Boleh Minum” - Seriaunya Produk Supplemen Pemutih Kulit Sasar Pelajar Sekolah

Umirah Halim
15/03/2024
00:00 MYT
Sepotong video yang memaparkan seorang individu mempromosikan produk minuman tambahan untuk memutihkan kulit wajah tular baru-baru ini
Menerusi video yang dipaparkan di platform TikTok, seorang individu itu secara terang-terangan menjelaskan kepada awam bahawa produk suplemennya itu boleh diamalkan seawal usia 7 tahun.
"Mula dari umur berapa sesuai minum", soal seorang netizen.
"7 Tahun ke atas dah boleh minum, tiada collagen dan gula tambahan," balas individu tersebut.
Susulan itu, timbul kerisauan dalam kalangan netizen yang rata-rata mempersoalkan tindakan individu tersebut yang bertindak mensasarkan 'budak sekolah' yang mudah terpedaya sebagai target market.
"Kenapa nak target budak-budak?
"Tengok kat review dan komen ramai kids bagi feedback, taktahu ke suplemen begini boleh bagi kesan dalam masa jangka panjang.
"Bahaya nya mendedahkan supplement macam ni pada kanak kanak umur bawah 12 tahun, waktu umur kecil tak perlu lagi supplement macam ni," tulis beberapa netizen.
Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi pengalaman dimana keluarga terdekat meminta untuk membeli suplemen sebegini meskipun usia mereka masih muda.
"Patutlah younger cousin saya merayu dekat mak dia mintak nak beli suplemen pemutihan kulit ni.
"Sejak 2 menjak ni kalau bawa adik pergi mall atau kedai, mesti dia stop sekejap kat kedai-kedai jamu. Ingatkan dia nak beli tiger balm atau susu kambing . Rupanya duk usha balang-balang collagen and sabun-sabun pemutih tu. katanya selalu lalu kat TikTok and kawan2-kawan dia pakat pakai tu. Sumpah gila.
"Sebab ni lah anak saudara saya yang 14 tahun sibuk nak putih padahal dia cantik je tanned skin and elok takde jerawat apa pun. Mak dia kerja kat hospital unit cuci darah sebab buah pinggang rosak silap-silap jumpa anak sendiri nanti," kongsi beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran itu telah menerima sebanyak 300 ribu tontonan di Platform X.

Berita Trending: Tak Datang Sebutan Pertama Kes Cerai, Aliff Aziz Tak Tipu Sibuk Jalani…

Berita Trending: JAWI Tak Akan Lengahkan Siasatan Kes Khalwat Aliff Aziz, Ruhainies
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Berita

Abang Bas ‘Crush’ Dengan Murid Sekolah Menangis Didakwa

gempak
10/09/2024
04:29 MYT
Pemandu bas yang sebelum ini tular memuat naik rakaman video penumpang bas sekolah sebagai ‘crush’ atau ‘kesayangan’ menangis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual kanak-kanak, sejak April lalu
Laman Utama

Guru Direman Kes Amang Seksual Murid Lelaki 12 Tahun

gempak
09/09/2024
02:25 MYT
Seorang guru di sebuah sekolah di sini direman tujuh hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki berusia 12 tahun sejak Mac hingga Ogos lepas.
Terkini

Pemandu Bas Rakam Video Murid Sekolah Direman Lima Hari

gempak
06/09/2024
05:55 MYT
Pemandu bas dipercayai memuatnaik rakaman video penumpang bas dipercayai pelajar sekolah rendah sebagai orang yang disukainya atau 'crush' dan 'kesayangan', direman lima hari bermula hari ini.
Terkini

Rakam Video Pelajar Perempuan, Pemandu Bas Atau 'Abang Bunga' DiCekup Polis

gempak
06/09/2024
03:02 MYT
Pemandu bas sekolah berusia 24 tahun yang memuatnaik rakaman video penumpang murid sekolah rendah ditahan di Simpang Renggam, awal pagi tadi.