,
Laman Utama

"Umrah Pertama Kami Suami Isteri..." - Eira Syazira & Pak Azad Mohon Maaf Sebelum Berangkat Ke Tanah Suci

Asraf Aided
19/12/2021
06:51 MYT
Pasangan selebriti, Azad Jasmin dan Eira Syazira telah berangkat ke Tanah Suci di Arab Saudi bagi menjalani ibadah umrah.
Sebelum berlepas, Eira sempat meluahkan rasa syukur untuk peluang tersebut dan memohon maaf kepada orang ramai atas segala kesalahan yang dilakukan.
"Alhamdulillah, umrah pertama kami suami isteri, Insya-Allah. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kami.
"Dengan ini, kami dengan rasa teramatlah rendah diri memohon ampun dan maaf atas setiap khilaf yang sengaja mahupun tak sengaja yang pernah kami lakukan kepada kalian yang mengenali diri kami.
"Doakan kami ya, we love you all so much," coretnya di Instagram.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Eira mendoakan agar urusannya bersama Azad dipermudahkan, selain memperoleh umrah yang diberkati Allah SWT.
Hasil tinjauan Gempak di Instagram Story milik Eyra, pasangan berkenaan telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah.
"Assalamualaikum, Alhamdulillah kami selamat mendarat, sekarang di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah, jam sekarang menununjukkan pukul 4.30 pagi dekat sini," kata Eira dalam sebuah video bersama suaminya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Umrah & Muslim Travel Fair Anjuran PAPUH Mesra Muslim, Bebas Risiko - "Kami Hanya Benarkan Agensi Punya Lesen Penuh"

gempak
05/09/2024
17:05 MYT
Setiap masa, pasti akan ada sahaja rungutan dan insiden individu ditipu daripada agensi umrah dan pelancongan. Hal itu mendorong Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) menganjurkan Umrah & Muslim Travel Fair 2024.
Hiburan

Rebecca Nur Al Islam Sebak Doa Agar Hujan Lebat Ketika Tawaf Dimakbulkan - “Macam Tak Percaya, Tiba-Tiba Saja…”

gempak
03/09/2024
09:25 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram, Rebecca atau nama sebenarnya Rebecca Nur A Islam berkongsi rakaman video yang memaparkan hujan lebat di Masjidil Haram.
Sukan

Olimpik Paris 2024: "Saya Dah Janji Bawa Ibu Bapa Pergi Umrah" - Shah Firdaus

gempak
11/08/2024
18:48 MYT
"Saya dah janji nak bawa ibu bapa pergi Umrah," kata pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, yang terkilan tidak dapat membawa pulang pingat buat Malaysia dari Sukan Olimpik Paris 2024 walaupun peluang itu sudah berada di depan matanya.
Hiburan

Jennifer Coppen Sebak Ustaz Derry Sulaiman Ajak Laksanakan Ibadah Umrah, Mahu Berangkat September Ini

gempak
08/08/2024
05:55 MYT
Susulan pemergian arwah suaminya, Dali Wassink, pelakon Jennifer Coppen dijemput untuk melaksanakan ibadah umrah oleh Ustaz Derry Sulaiman.
Gaya Hidup

#Travelmana: Diskaun Saudia Airlines, Pakej ‘Pergi Dahulu Bayar Kemudian' Antara Tawaran Menarik Di PAPUH Muslim Travel Fair 2024

gempak
23/07/2024
19:57 MYT
Kisah jemaah tertipu dengan pakej-pakej murah di media sosial untuk mengerjakan haji dan umrah bagai tidak pernah terhenti.