,
Laman Utama

Umpil Pintu Rumah, Bekas Isteri Dakwa Pelakon Lelaki Bawa Lari Anak-Anak - "Jantan Tak Guna, Dayus, Sekarang Menggelupur ..."

Amri Hassan
27/12/2021
11:20 MYT
Seorang pengguna Facebook membuat pengakuan mengejutkan apabila mendedahkan perilaku ganas seorang pelakon yang juga bekas suaminya dengan mendakwa lelaki tersebut telah melarikan anak-anaknya.
Menerusi posting yang ditulis di media sosial itu, wanita berkenaan turut menampilkan beberapa bukti termasuk foto pintu rumahnya telah diumpil selepas berlaku pergaduhan besar bersama bekas mentuanya di Perak.
"Anak-anak saya, bekas suami saya pelakon telah bawa lari, habis semua pakaian anak-anak buku sekolah anak-anak dia angkut. Pintu rumah saya ada kesan diumpil.
"Hari tu bergaduh besar di rumah mentua saya di Slim River, ex saya ni buat kecoh nak ambil anak. Dia kata nak bawa jumpa nenek mereka yang dah nazak.
"Saya pun beri atas nasihat bapa mentua saya. Baru balik tiba-tiba tengok ada benda yang mencurigakan. Ada sarung tangan plastik atas rumput depan rumah saya, saya tak sedap hati. Ada kesan umpil, cubaab pecah rumah," kongsinya kepada umum.
Menerusi kemas kini yang sama, wanita terbabit memberitahu dia dan bekas suami dalam proses perbicaraan untuk tuntutan nafkah anak.
"Kes ini tengah berjalan, selama ini saya yang jaga, bagi makan, tempat tinggal anak dan sekolahkan anak-anak. Dia memang tak ada bagi nafkah sangat. Kalau bagi pun boleh dikira dengan jari.
"Sejak kami bercerai 2010 hingga sekarang, saya tak sihat tak boleh kerja lebih. Saya terpaksa minta bantuan persekolahan dari MAIWP.
"Sekarang dia dah melampau racun anak-anak saya bawa lari terus. Dia tipu saya, saya mak kandung yang melahirkan mereka. Saya nak anak-anak saya juga," tambanya yang turut berkongsi laporan polis terhadap pelakon berkenaan.
Dalam pada itu, wanita berkenaan turut meluahkan rasa terkilan dengan sikap bekas suaminya selain mengenang kembali insiden pernah dicederakan oleh pelakon berkenaan.
"Dulu dok sepak terajang aku..tak peduli pun aku dan anak-anak dekat rumah hidup ke mati sibuk peluk betina sana sini.
"Sanggup habiskan duit beli dadah, bagi skandal makan dari bagi anak bini makan..Dari kecil sampai dah besar aku yang bagi anak-anak makan. Bagi diaorang sekolah bukan kau!
"Sebab kau jantan si*l, tak guna, dayus tak bagi nafkah sekarang menggelupur. Aku fail tuntutan nafkah anak, sibuk bawa lari pula," kongsinya lagi.
Gempak cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada pengguna Facebook berkenaan namun tiada sebarang respons.
Selain itu, Gempak cuba mendapatkan komen lanjut daripada pelakon lelaki itu namun memberikan alasan sedang sibuk.
"Bz (busy)," demikian jawapan menerusi kiriman mesej WhatsApp kepada Gempak.
Sumber: Facebook
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.